ISI-ISI
Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn
Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham
Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.
Visit sukosensei
ISI-ISI
Posted by CITY CYBER at 7:52 PM 0 comments
Posted by CITY CYBER at 12:26 AM 0 comments
Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.
PENDAHULUAN
Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.
British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.
Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.
PERBINCANGAN OLEH KUMPULAN 4 YANG DIKETUAI OLEH ALI , SURESH , ZARIF
PERBINCANGAN MESTILAH MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT:
I. BENTUK REAKSI PENDUDUK SABAH
II. BENTUK REAKSI PENDUDUK SABAH
III.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBEZAKAN REAKSI DI KEDUA-DUA NEGERI TERSEBUT
IV. KESAN PENDIDIKAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SABAH DAN SARAWAK
V. PERKARA-PERKARA LAIN PERLU DIAMBIL KIRA DALAM MENENTUKAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SABAH DAN SARAWAK.
Posted by CITY CYBER at 11:37 PM 0 comments
Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )
PENDAHULUAN
Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.
A. Kesan politik
Menyemarakkan semangat nasionalisme.kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British dikalangan orang Melayu yang anti British..
Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.
orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.
kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah.
membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu. Seperti KMM, PETA, KRIS
B. Kesan Ekonomi
sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali
Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.
rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.
Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.
kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun.
perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport
perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun
orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.
C. Kesan sosial
perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.
permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.
orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.
tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.
pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.
Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun
mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.
KESIMPULAN
Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
Tanah Melayu.Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga
kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut
kemerdekaan.
Posted by CITY CYBER at 11:09 PM 2 comments
TEMA 1 – BAHAGIAN A ( SEJARAH MALAYSIA )
1. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campurtangan British di Tanah Melayu.
2.Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.
3. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.
4.Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.
5.Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.
6.Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.
7.Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak sehingga abad ke 20.
8.Bincangkan golongan yang perintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah Melayu sebelum campurtangan British.
9.Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauhmanakah pernyataan ini benar.
10. Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di T. Melayu pada abad ke 19.
Posted by CITY CYBER at 2:39 AM 0 comments
TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
KUMPULAN 1
Bincangkan perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara antara tahun 1897 hingga 1909.
KUMPULAN 2
Bincangkan sebab-sebab British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu.
KUMPULAN 3
Pihak British telah memperkenalkan pembaharuan di Tanah Melayu pada tahun 1874 hingga 1930”. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan politik dan ekonomi yang telah mengakibatkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan
KUMPULAN 4
Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.
KUMPULAN 5
Jelaskan situasi politik di negeri Pahang dan Perak yang menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British pada abad ke-19.
KUMPULAN 6
Bincangkan kesan sosioekonomi akibat kedatangan imigran pada abad ke 20
KUMPULAN 7
Halkan perkembangan dan kesan sistem pengangkutan keretapi dan jalan raya di Tanah Melayu sehingga sebelum Perang Dunia kedua.
KUMPULAN 8
Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
KUMPULAN 9
Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua
SUKOSENSEI
Perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu telah berkembang pesat selepas kedatangan British . Bincangkan kesan-kesan perkembangan bijih timah dan getah ke atas ekonomi Tanah Melayu.
Posted by CITY CYBER at 2:36 AM 0 comments
N POLITIK YANG TERTENTU DAN BOLEH DIALIRKAN DARIPADA GOLONGAN ELIT KEPADA ORANG KEBANYAKAN”
2. HANS KOHN
“SATU KEADAAN FIKIRAN YANG MENYERAP MASUK KE DALAM JIWA SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT DAN MENGIKTIRAF NEGARA BANGSA SEBAGAI BENTUK ORGANISASI POLITIK YANG UNGGUL DAN BANGSA SEBAGAI PUNCA BAGI SEGALA KEHIDUPAN BUDAYA YANG MEMBINA DAN PUNCA KESEJAHTERAAN EKONOMI”
3. . A.D. SMITH
SEBAGAI SATU PERGERAKAN IDEOLOGI MENCAPAI DAN MEMERIHARA PEMERINTAHAN SENDIRI DAN KEMERDEKAAN BAGI SUATU GOLONGAN YANG SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA ANGGOTA ITU MELIHATNYA SEBAGAI SATU BANGSA YANG SEBENAR ATAU BAKAL BANGSA SEPERTI BANGSA-BANGSA LAIN JUGA”
4. J.S. COLEMAN
“PERASAAN-PERASAAN ,KEGIATAN DAN PERKEMBANGAN ORGANISASI YANG BERTUJUAN MENUJU KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DAN KEMERDEKAAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA BANGSA YANG WUJUD DENGAN TARAF SAMA RATA ATAU DALAM SATU SISTEM POLITIK ANTARABANGSA”
5. NASIONALISME IALAH
Satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri , menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa asing
Posted by CITY CYBER at 2:33 AM 0 comments
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British
di Tanah Melayu.
Pengenalan
Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
HANTAR PADA 21HB JANUARI 2008.....SUKOSENSEI
Posted by CITY CYBER at 2:31 AM 0 comments
MASUK KE http://sukosenseiforum.blogspot.com
Para Pelajar boleh menjawab soalan melalui ruang COMMENT dan post kepada saya.
Anda juga boleh mencuba untuk menguji minda dengan CROSSWORD yang disediakan.
Ruang Sembang juga disediakan untuk berbincang bersama kawan-kawan anda.
Selamat Belajar dan Semoga anda terhibur.
Pada minggu ini saya tidak ada, anda semua boleh rujuk blog ini untuk mendapatkan nota dan latihan di http:sukosenseihome.blogspot.com
KUMPULAN 1.
Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
KUMPULAN 2.
Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih.
KUMPULAN 3
Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak. Kedudukannya dianggap suci dan kudus dan sebelum kedatangan agama Islam dianggap sebagai devaraja atau anak tuhan. Dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah.Diperkukuhkan dengan unsure daulat dan beberapa keistimewaan tertentu. Selepas Perjanjian pangkor 1874 kuasa dan peranan sultan mula berubah akibat sistem residen.
KUMPULAN 4
Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
KUMPULAN 5
Masyarakat Melayu tradisional sudah mempunyai anggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam alam semesta. Perlakuan manusia menunjukkan adanya kepercayaan kepada satu tenaga yang lebih berkuasa daripada mereka. Berbanding aspek-aspek politik dan ekonomi, sukar untuk dikesan perbezaan dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu.
SUKOSENSEI MINNASAN WA GAMBATTE
SELAMAT MENJAWAB
Berita kehilangan adik Sharlinie , sekali lagi mengegarkan insan-insan yang memiliki sifat kemanusiaan. Kewujudan manusia yang tempang dari segi akal dan nilai insan di zaman ini merupakan sesuatu yang tidak boleh lagi di pandang ringan.. Sifat berhati-hati , perihatin dan ambil tahu seperti di zaman 70an, 80an dahulu perlu diambil iktibar tanpa mengira anak siapa, bangsa apa kalau di kampung kita tetap kita jaga , ambil tahu dan bertanya tetapi masih adakah sifat ini pada masa kini?