STRUKTUR MASYARAKAT JEPUN ZAMAN SHOGUN TOKOGAWA
SUSUNAN SOSIAL BAKUFU
Sistem sosial Bakufu berasaskan di atas pembahagian kelas yang ketat. Di puncak piramid sosial ialah golongan bangsawan (Kuge), golongan daimyo dan Hatamoto. Selain dari kumpulan-kumpulan ini, rakyat jelata di bahagikan ke dalam 4 kelas. Susunan kelas-kelas adalah seperti berikut:-
1. Pahlawan (Samurai)
2. Kaum Tani (Namin)
3. Petukang (Shonin)
4. Saudagar (Chonin)
Golongan samurai Tokugawa yang merangkumi hampir 5% dari jumlah penduduk Jepun menikmati kedudukan yang istimewa di kalngan rakyat biasa. Kebanyakkan dari golongan samurai tinggal berhampiran atau di bandar-bandar istana (jokamachi). Sepanjang era keamanan (hampir 250 tahun ), kelas samurai telah mengambil kakitangan-kakitangan untuk bertugas di dalam Kerajaan Edo dan Han. Samurai-samurai muda yang mempunyai keupayaan luarbiasa telah memegang jawatan-jawatan yang tinggi dalam birokrasi Tokugawa dan Han. Ramai dari pemimpin-pemimpin Meiji (dalam tahun 1868) sebenarnya adalah samurai-samurai bertaraf rendah. Mereka telah meningkat naik ke jawatan-jawatan borikratik yang tinggi dalam suku kaum barat yang terdiri dari Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen. Kelas samurai juga muncul sebagai kelas yang paling berpendidikan dalam Sistem Sosial Tokugawa. Bakufu menggalakkan pelajaran di kalangan samurai dan menjelang akhir Era Tokugawa terdapat hampir 250 buah sekolah khas untuk anak-anaklelaki golongan samurai di seluruh Jepun.
Di bawah golongan samurai ialah kaum tani yang mengusahakan kegiatan pertanian khususnya penanaman padi dan juga sayur-sayuran, kapas, tembakau, kertas untuk ulat-ulat sutera dan lain-lain. Sebahagian besar mereka merupakan petani-petani miskin yang mengalami kesengsaraan ekonomi dan tidak diberi hak-hak politik. Kaum tani yang merangkumi 80 – 90% dari jumlah penduduk terpaksa menanggung beban
Percukaian yang berat. Mereka membayar 40 – 50% dari jumlah hasil keluaran mereka sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani-petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang keras. Kaum tani juga membayar cukai-cukai lain yang dipanggil komononari. Cukai-cukai ini di bayar terutamanya dalam bentuk wang dan ia dikenakan ke atas pendapatan yang diperolehi oleh petani dari hasil-hasil hutan, kolam, sungai dan sebagainya. Buruh wajib juga dilakukan ke atas kelas ini, di mana mereka dipaksa membekalkan tenaga untuk kerja-kerja awam dan juga membekalkan kuda bagi perkhidmatan utusan dan pos.Bakufu mengenakan sekatan yang ketat ke atas kaum tani dan mereka tidak dibenarkan untuk bergerak bebas dari satu tempat ke tempat yang lain atau menukar pekerjaan mereka. Sesiapa di antara mereka yang melarikan diri dari kampungnya akan menerima hukuman yang berat. Penduduk kampung yang membantu petani melarikan diri juga dihukum dengan kejam. Petani juga tidak dibenarkan memindahkan hakmilik atau membahagi-bahagikan tanah mereka di kalangan waris mereka kecuali tanah mereka lebih besar dari 1 cho (2.45ekar) dan menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh koku beras.Kesengsaraan dan penghinaan yang dialami oleh kaum tani telah diterangkan oleh satu dokumen yang telah dikeluarkan kepada semua kampung-kampung dalam tahun 1649 oleh Bakufu.Tidak dapat diragukan lagi bahawa kaum tani yang menjadi tulang belakang ekonomi negara Tokugawa mengalami banyak kesengsaraan dan keazapan. Kuam tani Jepun menderita dengan keadaan yang sungguh azab selama dua abad dan ini menunjukkan sifat kesabaran dan ketabahan mereka yang tinggi.
Golongan petukang menduduki tempat ketiga dalam tangga sosial iaitu selepas golongan samurai dan kaum tani. Petukang-petukang yang memiliki pengetahuan dan keupayaan istimewa dilayan dengan hormat khususnya jika hasil pertukangan mereka berguna kepada golongan daimyo. Tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa. Mmereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Tukang kayu juga diberi layanan yang sama seperti Nakai Mondo, Ketua Tukang Kayu di Kyoto dalam tahun 1698 telah diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.Tukang emas, tukang perak, pelukis-pelukis, penjual kain dan lain-lain juga dilayan dengan baik. Berbanding dengan golongan-golongan di atas, petukang-petukang tanpa sebarang kemahiran khusus diberi layanan buruk. Pekerja-pekerja ini biasanya tinggal di pekan-pekan istana yang kecil dan bekerja untuk daimyo. Mereka biasanya menubuhkan persatuan-persatuan untuk melindungi kepentingan mereka seperti persatuan tukang kayu, tukang besi, tukang batu dan lain-lain.
Golongan saudagar termasuk pekedai-pekedai berada pada tangga paling rendah dalam struktur sosial masyarakat Tokugawa. Golongan saudagar (chonin) memperolehi kuasa yang semakin meningkat dengan pertumbuhan ekonomi Tokugawa dan proses urbanisasi yang pesat. Kemakmuran relatif Kesyogunan Tokugawa dan Sistem Sankin Kotai telah memperlihatkan kemunculan beberapa buah bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai. Pekan-pekan istana seperti Kagoshima, Fukuoka, Tsu, Fukui, Kochi, Hiroshima dan lain-lain juga telah tumbuh dan berfungsi sebagai pusat-pusat perkembangan politik dan perdagangan tempatan. Usaha mempopularkan ekonomi wang mempergiatkan lagi pertumbuhan pusat-pusat bandar ini. Kesan dari keadaan ini, perdagangan borong dan runcit telah tumbuh dengan pesat dan dengan itu mengwujudkan sebuah kelas saudagar yang berkuasa. Kelas saudagar memperdagangkan (memasarkan) serangkaian hasil keluaran seperti beras, arang batu, garam, sake (wain beras), barang-barang kapas dan pakaian. Perniagaan borong dan runcit yang sibuk ini memerlukan banyak modal dan ini telah mengakibatkan kemunculan peminjam-peminjam wang dan broker-broker pertukaran yang kesemuanya berasal dari kelas saudagar.Saudagar-saudagar utama di Edo iaitu Naraya Mozaemon dan Kinokuniya Bunzaemon telah menjadi kaya raya sebagai kontraktor Kerajaan Edo. Salah sebuah industri raksasa dan perdagangan yang utama di Jepun pada masa kini iaitu Syarikat Mitsui telah memulakan operasinya dalam Era Tokugawa. Mitsui wujud dari Echigoya yang merupakan sebuah kedai menjual kain yang utama di Edo. Golongan saudagar menjadi amat kaya dan menjelang abad ke 18 melalui kekayaan kewangan, mereka telah dapat memecahkan struktur sosial Tokugawa. Mereka telah memiskinkan golongan daimyo dan samurai ke taraf ramai samurai dipaksa menukar profesyen mereka. Mereka dipaksa menjual nama keluarga mereka kepada kelas saudagar. Saudagar-saudagar juga telah melemahkan keadaan kewangan Bakufu dan memaniplulasi ekonomi kewangan Kesyogunan Tokugawa. Golongan saudagar ini telah memainkan peranan penting dalam kejatuhan Bakufu.
Pada prinsipnya, struktur sosial Tokugawa amat ketat dan tidak ada sesiapa yang boleh naik ke atas walau dari kelas mana ia dolahirkan. Perbezaan antara kelas adalah nyata dan sistem kelas tersebut dianggap sebagai turun-temurun dan tidak boleh di ubah. Perlu diperhatikan bahawa setiap kelas dibahagikan ke dalam kelas-kelas yang lebih kecil, misalnya kaum tani di bahagi-bahagikan ke dalam kelas-kelas pemilik tanah, petani-petani kaya, petani-petani penyewa dan buruh-buruh harian yang miskin. Perbezaan yang seumpama ini diamalkan secara teliti dan setiap kelas kecil ini memakai pakaian yang sesuai dengan taraf mereka dan mengikut peraturan pergaulan yang ketat dalam hubungan sosial di kalangan kumpulan-kumpulan kecil dalam sesebuah kelas tertentu. Di sebalik kelas-kelas di atas, terdapat beberapa kategori yang tidak dapat digolongkan dalam struktur sosial Tokugawa yang ketat itu. Bilangan mereka adalah kecil dan termasuk buruh-buruh kasar, pengangkutan barang-barang, pendayung sampan, ronin (samurai yang tidak bertuan) dan lain-lain lagi. Di antara kumpulan-kumpulan ini, golongan ronin patut diberi keistimewaan. Golongan ronin bersikap anti-Tokugawa. Kebanyakkan dari ronin ini telah berperang menentang Ieyasu atau memberontak terhadap kekuasaan Bakufu. Bilangan mereka berkembang menjadi beratus-ratus ribu selepas Pertempuran Sekigahara. Golongan ronin ini telah berjuang bagi golongan daimyo yang bersekutu dengan Hideyoshi, pemimpin tentera agung yang telah dikalahkan oleh Ieyasu. Dalam tahun 1601 bilangan ronin berjumlah seramai 500,000 orang dan mereka menjadi sumber masalah kepada Bakufu selama beberapa dekad.
Sunday, April 5, 2009
STRUKTUR MASYARAKAT JEPUN ZAMAN SHOGUN TOKOGAWA
Posted by CITY CYBER at 3:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment