CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, April 5, 2009

STRUKTUR MASYARAKAT JEPUN ZAMAN SHOGUN TOKOGAWA



STRUKTUR MASYARAKAT JEPUN ZAMAN SHOGUN TOKOGAWA

SUSUNAN SOSIAL BAKUFU

Sistem sosial Bakufu berasaskan di atas pembahagian kelas yang ketat. Di puncak piramid sosial ialah golongan bangsawan (Kuge), golongan daimyo dan Hatamoto. Selain dari kumpulan-kumpulan ini, rakyat jelata di bahagikan ke dalam 4 kelas. Susunan kelas-kelas adalah seperti berikut:-
1. Pahlawan (Samurai)
2. Kaum Tani (Namin)
3. Petukang (Shonin)
4. Saudagar (Chonin)

Golongan samurai Tokugawa yang merangkumi hampir 5% dari jumlah penduduk Jepun menikmati kedudukan yang istimewa di kalngan rakyat biasa. Kebanyakkan dari golongan samurai tinggal berhampiran atau di bandar-bandar istana (jokamachi). Sepanjang era keamanan (hampir 250 tahun ), kelas samurai telah mengambil kakitangan-kakitangan untuk bertugas di dalam Kerajaan Edo dan Han. Samurai-samurai muda yang mempunyai keupayaan luarbiasa telah memegang jawatan-jawatan yang tinggi dalam birokrasi Tokugawa dan Han. Ramai dari pemimpin-pemimpin Meiji (dalam tahun 1868) sebenarnya adalah samurai-samurai bertaraf rendah. Mereka telah meningkat naik ke jawatan-jawatan borikratik yang tinggi dalam suku kaum barat yang terdiri dari Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen. Kelas samurai juga muncul sebagai kelas yang paling berpendidikan dalam Sistem Sosial Tokugawa. Bakufu menggalakkan pelajaran di kalangan samurai dan menjelang akhir Era Tokugawa terdapat hampir 250 buah sekolah khas untuk anak-anaklelaki golongan samurai di seluruh Jepun.

Di bawah golongan samurai ialah kaum tani yang mengusahakan kegiatan pertanian khususnya penanaman padi dan juga sayur-sayuran, kapas, tembakau, kertas untuk ulat-ulat sutera dan lain-lain. Sebahagian besar mereka merupakan petani-petani miskin yang mengalami kesengsaraan ekonomi dan tidak diberi hak-hak politik. Kaum tani yang merangkumi 80 – 90% dari jumlah penduduk terpaksa menanggung beban
Percukaian yang berat. Mereka membayar 40 – 50% dari jumlah hasil keluaran mereka sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani-petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang keras. Kaum tani juga membayar cukai-cukai lain yang dipanggil komononari. Cukai-cukai ini di bayar terutamanya dalam bentuk wang dan ia dikenakan ke atas pendapatan yang diperolehi oleh petani dari hasil-hasil hutan, kolam, sungai dan sebagainya. Buruh wajib juga dilakukan ke atas kelas ini, di mana mereka dipaksa membekalkan tenaga untuk kerja-kerja awam dan juga membekalkan kuda bagi perkhidmatan utusan dan pos.Bakufu mengenakan sekatan yang ketat ke atas kaum tani dan mereka tidak dibenarkan untuk bergerak bebas dari satu tempat ke tempat yang lain atau menukar pekerjaan mereka. Sesiapa di antara mereka yang melarikan diri dari kampungnya akan menerima hukuman yang berat. Penduduk kampung yang membantu petani melarikan diri juga dihukum dengan kejam. Petani juga tidak dibenarkan memindahkan hakmilik atau membahagi-bahagikan tanah mereka di kalangan waris mereka kecuali tanah mereka lebih besar dari 1 cho (2.45ekar) dan menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh koku beras.Kesengsaraan dan penghinaan yang dialami oleh kaum tani telah diterangkan oleh satu dokumen yang telah dikeluarkan kepada semua kampung-kampung dalam tahun 1649 oleh Bakufu.Tidak dapat diragukan lagi bahawa kaum tani yang menjadi tulang belakang ekonomi negara Tokugawa mengalami banyak kesengsaraan dan keazapan. Kuam tani Jepun menderita dengan keadaan yang sungguh azab selama dua abad dan ini menunjukkan sifat kesabaran dan ketabahan mereka yang tinggi.

Golongan petukang menduduki tempat ketiga dalam tangga sosial iaitu selepas golongan samurai dan kaum tani. Petukang-petukang yang memiliki pengetahuan dan keupayaan istimewa dilayan dengan hormat khususnya jika hasil pertukangan mereka berguna kepada golongan daimyo. Tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa. Mmereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Tukang kayu juga diberi layanan yang sama seperti Nakai Mondo, Ketua Tukang Kayu di Kyoto dalam tahun 1698 telah diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.Tukang emas, tukang perak, pelukis-pelukis, penjual kain dan lain-lain juga dilayan dengan baik. Berbanding dengan golongan-golongan di atas, petukang-petukang tanpa sebarang kemahiran khusus diberi layanan buruk. Pekerja-pekerja ini biasanya tinggal di pekan-pekan istana yang kecil dan bekerja untuk daimyo. Mereka biasanya menubuhkan persatuan-persatuan untuk melindungi kepentingan mereka seperti persatuan tukang kayu, tukang besi, tukang batu dan lain-lain.

Golongan saudagar termasuk pekedai-pekedai berada pada tangga paling rendah dalam struktur sosial masyarakat Tokugawa. Golongan saudagar (chonin) memperolehi kuasa yang semakin meningkat dengan pertumbuhan ekonomi Tokugawa dan proses urbanisasi yang pesat. Kemakmuran relatif Kesyogunan Tokugawa dan Sistem Sankin Kotai telah memperlihatkan kemunculan beberapa buah bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai. Pekan-pekan istana seperti Kagoshima, Fukuoka, Tsu, Fukui, Kochi, Hiroshima dan lain-lain juga telah tumbuh dan berfungsi sebagai pusat-pusat perkembangan politik dan perdagangan tempatan. Usaha mempopularkan ekonomi wang mempergiatkan lagi pertumbuhan pusat-pusat bandar ini. Kesan dari keadaan ini, perdagangan borong dan runcit telah tumbuh dengan pesat dan dengan itu mengwujudkan sebuah kelas saudagar yang berkuasa. Kelas saudagar memperdagangkan (memasarkan) serangkaian hasil keluaran seperti beras, arang batu, garam, sake (wain beras), barang-barang kapas dan pakaian. Perniagaan borong dan runcit yang sibuk ini memerlukan banyak modal dan ini telah mengakibatkan kemunculan peminjam-peminjam wang dan broker-broker pertukaran yang kesemuanya berasal dari kelas saudagar.Saudagar-saudagar utama di Edo iaitu Naraya Mozaemon dan Kinokuniya Bunzaemon telah menjadi kaya raya sebagai kontraktor Kerajaan Edo. Salah sebuah industri raksasa dan perdagangan yang utama di Jepun pada masa kini iaitu Syarikat Mitsui telah memulakan operasinya dalam Era Tokugawa. Mitsui wujud dari Echigoya yang merupakan sebuah kedai menjual kain yang utama di Edo. Golongan saudagar menjadi amat kaya dan menjelang abad ke 18 melalui kekayaan kewangan, mereka telah dapat memecahkan struktur sosial Tokugawa. Mereka telah memiskinkan golongan daimyo dan samurai ke taraf ramai samurai dipaksa menukar profesyen mereka. Mereka dipaksa menjual nama keluarga mereka kepada kelas saudagar. Saudagar-saudagar juga telah melemahkan keadaan kewangan Bakufu dan memaniplulasi ekonomi kewangan Kesyogunan Tokugawa. Golongan saudagar ini telah memainkan peranan penting dalam kejatuhan Bakufu.

Pada prinsipnya, struktur sosial Tokugawa amat ketat dan tidak ada sesiapa yang boleh naik ke atas walau dari kelas mana ia dolahirkan. Perbezaan antara kelas adalah nyata dan sistem kelas tersebut dianggap sebagai turun-temurun dan tidak boleh di ubah. Perlu diperhatikan bahawa setiap kelas dibahagikan ke dalam kelas-kelas yang lebih kecil, misalnya kaum tani di bahagi-bahagikan ke dalam kelas-kelas pemilik tanah, petani-petani kaya, petani-petani penyewa dan buruh-buruh harian yang miskin. Perbezaan yang seumpama ini diamalkan secara teliti dan setiap kelas kecil ini memakai pakaian yang sesuai dengan taraf mereka dan mengikut peraturan pergaulan yang ketat dalam hubungan sosial di kalangan kumpulan-kumpulan kecil dalam sesebuah kelas tertentu. Di sebalik kelas-kelas di atas, terdapat beberapa kategori yang tidak dapat digolongkan dalam struktur sosial Tokugawa yang ketat itu. Bilangan mereka adalah kecil dan termasuk buruh-buruh kasar, pengangkutan barang-barang, pendayung sampan, ronin (samurai yang tidak bertuan) dan lain-lain lagi. Di antara kumpulan-kumpulan ini, golongan ronin patut diberi keistimewaan. Golongan ronin bersikap anti-Tokugawa. Kebanyakkan dari ronin ini telah berperang menentang Ieyasu atau memberontak terhadap kekuasaan Bakufu. Bilangan mereka berkembang menjadi beratus-ratus ribu selepas Pertempuran Sekigahara. Golongan ronin ini telah berjuang bagi golongan daimyo yang bersekutu dengan Hideyoshi, pemimpin tentera agung yang telah dikalahkan oleh Ieyasu. Dalam tahun 1601 bilangan ronin berjumlah seramai 500,000 orang dan mereka menjadi sumber masalah kepada Bakufu selama beberapa dekad.

Tuesday, March 31, 2009

kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat




1.Agama bermaksud sistem kepercayaan dan amalan sesebuah masyarakat yang merupakan pancaran bentuk kerohanian, pegangan dan idea, sikap dan perlakuan terhadap kuasa ghaib supernatural, dewa-dewi, kuasa halus dan roh
•agama juga berkaitan upacara2 tertentu, pantang larang dll
•antara kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar ialah animisme, Hindu, Buddha dan Islam

2.animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling seperti pokok,batu, gunung dan sungai mempunyai semangat atau roh yang perlu dihormati dan dipuja
kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur2 ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta masyarakat di Thailand dan Myanmar mempercayai semangat luar biasa yang boleh mengawal kehidupan manusia di Thailand semangat ini dipanggil phi dan di Myanmar nat yang akan disembah melalui ramalan nujum2, demi mengelakkan kejadian buruk

3.Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia, bermula di Negara India pada zaman Veda (200 S.M – 1000 S.M), agama ini tiada pengasas.
–terdapat empat veda yang penting iaitu Rig Veda,Atharva Veda,Yajur Veda dan Sama Veda – menyatakan bagaimana upacara2 keagamaan harus dilakukan
–penganut berpegang kepada kitab Brahma Upanishad dan epik Ramayana serta Mahabrata
–penganut agama Hindu juga menpercayai tiga dewa utama iaitu dikenali sebagai
–trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) dan
–Dewa Siva (Dewa Pemusnah).
–menekankan hukum karma dan kelahiran semula yang bergantung kepada perbuatan yang dilakukan semasa hidup. Mereka juga berusaha mencapai Nirvana atau Mokhsa supaya tidak dilahirkan semula

4. Agama Buddha
•diasaskan oleh Putera Sidartha Gautama di India yang telah meninggalkan istana untuk mencari erti hidup yang sebenar.
•Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia dan manusia yang suci akan mencapai Nirvana
•masyarakat di Thailand dan Myanmar mengamalkan agama Buddha mazhab Hinayana yang lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat

5. Agama Islam

•di Asia Tenggara ,Islam disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India
•Ajaran Islam memberi penekanan kepada aspek akidah dan syariah
•terdapat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman
•tumpuan pendakwah ke negara2 selatan Thai, selatan Filipina dan Kepulauan Melayu

KESIMPULANNYA

•Agama dan kepercayaan menjadi satu aspek yang penting dalam memandu kehidupan masyarakat dan mencorakkan pemerintahan negara
•Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sesebuah negara






Friday, March 27, 2009

DASAR TUTUP PINTU DI CHINA DAN JEPUN












Negara-negara China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu sehingga pertengahan abad ke-19. Hal ini bermakna dasar tutup pintu bermaksud tiada ataupun hubungan terhad sahaja dengan dunia luar. Kedua-dua negara tersebut mengamallkan dasar tutup pintu dengan menghalang kemasukan pedagang luar atas sebab-sebab tertentu.








Pada abad ke-16, Negara China mengadakan hubungan yang terbatas dengan barat. Contohnya orang portugis dibenarkan masuk ke Macao dan Canton sahaja. Maharaja China membenarkan mubaligh kristian menjalankan penyebaran agama kristian Semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng berlaku perselisihan dengan mubaligh kristian. Oleh itu mubaligh tidak dibenarkan masuk ke China. China amalkan dasar tutup pintu pada zaman pemerintahan Manchu.





China menganggap negara mereka sebagai “Middle Kingdom”, berdasarkan pandangan Kung Fu Tze China sebagai pusat peradaban dunia, manakalan Negara luar tidak mempunyai peradaban. Maharaja China dianggap sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Oleh itu China enggan menjalankan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dengan dunia luar. Semua utusan barat sebagai pembawa ufti dan harus sujud dihadapan maharaja mereka.





China sebagai Negara pertanian dan bersikap anti-perdagangan. Oleh itu China tidak memerlukan barangan luar kerana sumber mereka mencukupi. Walau bagaimana pun, China membuka pelabuhan Canton kepada pedagang asing. Perdagangan di Canton dijalankan dengan pelbagai sekatan, contohnya : urusan perdagangan mesti melalui Co-hong, keluarga tidak dibenarkan dibawa ke Canton.





Perdagangan bersifat monopoli namun Barat memerlukan barangan China seperti mutiara,sutera,tembikar dan teh yang dianggap bernilai tinggi di Barat . Menganggap orang barat barbarian atau tidak bertamadun berbanding China yg bertamadun tinggi. Konsep persamaan taraf dalam hubungan perdagangan dan diplomatik dianggap menjatuhkan imej negeri China. Perdagangan adalah pekerjaan yang hina.





Maharaja China Chien Lung mengenakan lapan peraturan perdagangan. Pedagang Barat dibenarkan berdagang di Canton sahaja. Mereka mesti berdagang melalui cohong. Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan cukai dan mengurus pengedaran barang. Saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macao selepas musim perniagaan. Mereka dilarang mengahwini wanita tempatan dan tidak dibenarkan membawa isteri dan senjata api ke China. Mereka juga tidak dibenarkan belajar bahasa cina. Pedagang asing juga tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas, dibenarkan melawat Flower Garden sahaja.Hal ini menyukarkan pedagang Barat








Dasar isolasi yang diamalkan di Jepun pula tidak bersifat mutlak dan masih menerima kedatangan kuasa luar dalam keadaan terkawal. Dasar tutup pintu telah diumumkan oleh maharaja pada tahun 1633,1635 dan 1639 dan diamalkan kerana mempunyai sumber pertanian yang mencukupi dan bimbang dengan penyebaran kristian dan tidak mahu rakyat Jepun yang beragama kristian akan digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.








Orang asing sering menimbulkan masalah dan huru hara yang mengancam keamanan. Perasaan curiga terhadap kejujuran Barat dan takut mereka mengambil kesempatan. Pedagang bangsa Portugis,Sepanyol, British dan Belanda ada di pelabuhan-pelabuhan Jepun. Kebencian semakin menebal dengan berita tentang penjajahan orang Eropah





ÒTahun 1638, Shogun Tokugawa mengamalkan dasar yang lebih keras lagi ke atas orang kristian. Contohnya rakyat Jepun dilarang menjalinkan hubungan dengan dunia luar terutama kuasa-kuasa barat. Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang di Jepun.





Kegiatan mubaligh kristian di Jepun telah merungsingkan pemerintah, masyarakat kristian semakin bertambah di Jepun. Golongan ini telah mengasingkan diri daripada kawalan kerajaan pusat. ini menyebabkan pemerintah Jepun murka apabila masyarakat kristian memutuskan hubungan dengan masyarakat Jepun bukan kristian. Jepun bimbang dengan tindak tanduk kerana mencemar kebudayaan Jepun.





Shogun Tokugawa yang mengambil alih kuasa dari maharaja Jepun bimbang atas sebarang kesan politik yang tidak diingini. Dasar tutup pintu diperkenalkan untuk mengukuhkan kedudukannya supaya dapat menangani sebarang anasir yang tidak puashati di Jepun khasnya Daimyo Tozama. Shogun bimbang Daimyo Tozama akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar. Seperti China, Negara Jepun sebuah Negara pertanian tidak memerlukan bekalan barangan dari barat. Perdagangan tidak diperlukan kerana Jepun amalkan ekonomi sara diri.





Jelas kepada kita bahawa pemerintah di China dan Jepun mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka dapat memenuhi keperluan Negara. Ketiga-tiga buah Negara merasa bimbang akan campurtangan barat dalam politik tempatan yang akan menjejaskan kedaulatan mereka.Mereka juga bimbang agama dan budaya akan terhakis. China dibuka secara paksa manakala Jepun pula dibuka secara rundingan akhirnya.








The Tokugawa Shogunate of Japan



The Tokugawa Shogunate or Tokugawa bakufu (also known as the Edo bakufu) was a feudal military dictatorship established in 1603 by Tokugawa Ieyasu and ruled by the shoguns of the Tokugawa family until 1868. This period is known as the Edo period and gets its name from the capital city of Edo, now Tokyo.

Following the Sengoku Period of "warring states", central government had been largely re-established by Oda Nobunaga and Toyotomi Hideyoshi during the Azuchi-Momoyama period. After the Battle of Sekigahara in 1600, central authority fell to Tokugawa Ieyasu who completed this process and received the title of shogun in 1603. His descendants were to hold the position, and the central authority that came with it, until the 19th century.

The Tokugawa period, unlike the Shogunate before it, was based on the strict class hierarchy established by Toyotomi Hideyoshi. The warrior-caste of samurai were at the top, followed by peasants, artisans, and traders. An additional class was filled by the burakumin (or eta), the lowest in status and socially despised for dealing in taboo trades connected with death. "Classless" persons such as entertainers also existed, having neither the restrictions nor the protections granted by the acknowledged castes.

Ironically, the very strictness of the caste system was to undermine these classes in the long run. Taxes on the peasantry were set to fixed amounts which did not account for inflation or other changes in monetary value. As a result, the tax revenues collected by the samurai landowners were worth less and less over time. This often led to confrontations between noble but impoverished samurai and well-to-do peasants. The autobiography of a late-period samurai, Msuii's Story, documents some such confrontations.

Toward the end of the 19th century, an alliance of several of the more powerful daimyo with the titular Emperor finally succeeded in the overthrow of the Shogunate, culminating in the Meiji Restoration. The Tokugawa bakufu came to an official end in 1868 with the resignation of the 15th Tokugawa Shogun Tokugawa Yoshinobu and the "restoration" ('Taisei Houkan') of imperial rule.

The late Tokugawa Shogunate or last shogun (幕末; Bakumatsu) is the period between 1853 and 1867 during which Japan ended its isolationist foreign policy and modernized from a feudal Shogunate to the Meiji government. It is at end of Edo period and preceded by Meiji era.

Ashikaga Yoshiaki - The Last Shogun of Japan




The Daimyo were the most powerful feudal rulers from the 12th century to the 19th century in the History of Japan. Similar to the "feudal" system in Europe, they held dynastic control over semi-autonomous territories, and lesser territorial lords were pledged to support greater ones. A warrior-caste of samurai soldiers likewise gave their personal loyalty to the support of lords from these families.

At the beginning of Edo period, their clans and territories were reorganized as han.

The term Daimyo (大名) is also sometimes used to refer to the leading figures of such clans, also called "warlords". It was usually, thought not exclusively, from these warlords that a shogun or regent was chosen.

Ashikaga Yoshiaki (1537 - 1597) was the 15th, and last Ashikaga shogun in Japan who reigned from 1568 to 1573.

The Ashikaga Shogunate, also known as the puppet Shogunate, was destroyed in 1573 when Oda Nobunaga drove Yoshiaki out of Kyoto.

Thursday, March 19, 2009

HURAIKAN FAKTOR – FAKTOR PENYERAHAN NEGERI – NEGERI MELAYU, PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU KEPADA PENTADBIRAN TENTERA THAILAND PADA TAHUN 1943

Bermula sejak tahun 1938, negara Thailand dan Jepun telah membuat satu pakatan. Jepun telah membuat pakatan dengan kerajaan Thailand sebelum melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu[1]. Perdana Menteri Thailand, Phibun Songkram yang mendapat sokongan penuh daripada Parlimen percaya kerjasama dengan Jepun amat penting bagi mendapatkan semula tanah jajahan Thailand yang diserahkan kepada Indo – China. Perdana Menteri Thailand, Phibun Songkram yang mendapat sokongan penuh daripada Parlimen percaya kerjasama dengan Jepun amat penting bagi mendapatkan semula tanah jajahan Thailand yang diserahkan kepada Indo – China. Dengan itu, secara rahsia pada Oktober 1940, Phibun Songkram telah membenarkan Jepun meyerang Tanah Melayu melalui Thailand. Keputusan Phibun Songkram ini turut dipengaruhi oleh kekalahan Peranchis di tangan Jerman. Hasil daripada pakatan ini, pada bulan Mac 1941, pejabat consular Jepun telah dibuka di Songkla.[2] Setelah mentadbir beberapa tahun, pada tahun 1943, kerajaan tentera Jepun mengambil langkah untuk memindahkan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan Thailand.[3] Pada 5 Julai 1943, Perdana Menteri Tojo yang melawat Bangkok dan Perdana Menteri Thailand, Phibun Songkram telah membuat pengistiharan bersama bahawa kerajaan Thailand akan menyerahkan kembali wilayah Thailand yang hilang dulu.[4] Oleh yang demikian, pada 20 Ogos 1943, kerajaan Thailand dan kerajaan Jepun menandatangani satu perjanjian di Bangkok yang mana ia mencatatkan bahawa kerajaan Jepun akan meyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan kawasan Kengton dan Mongpan dalam wilayah Shan di Burma kepada Thailand.[5] Terdapat beberapa faktor penyerahan negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand. Penyerahan negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand boleh dikatakan sebagai pengembalian semula negeri - negeri ini kepada Thailand selepas diambil alih oleh kerajaan British di dalam Perjanjian Bangkok. Pada mulanya Siam menguasai negeri – negeri Melayu utara. Bagaimanapun, negeri – negeri Melayu utara enggan mengiktiraf kekuasaan Siam ke atas mereka. Di samping itu pula, Siam sentiasa menghadapi masalah demi masalah berhubung dengan negeri – negeri Melayu utara.[6] Peperangan dan penentangan sering berlaku. Menjelang tahun 1904, Kedah sering menghadapi masalah kewangan yang genting. Kedah berharap Siam akan dapat mengatasi masalah itu, tetapi Siam gagal menyelesaikannya.[7] Dengan ini rundingan diadakan dengan British yang akhirnya menghasilkan Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909.[8] Antara syarat – syarat terpenting di dalam Perjanjian Bangkok ialah : i. Keempat – empat negeri – negeri Melayu utara itu termasuklah pulau berhampiran yang berada di bawah kekuasaan keempat – empat negeri itu diserahkan kepada kekuasaan British. ii. Siam bersetuju tidak akan menyewa mana – mana kawasannya kepada sebarang kuasa asing tanpa mendapat kebenaran daripada kerajaan British. iii. British menggunakan wang daripada Negeri – negeri Melayu Bersekutu untuk menyelesaikan hutang piutang negeri – negeri Melayu utara. iv. Pihak British tidak akan campur tangan dalam hal ehwal tanah jajahan Siam yang lain.[9] Bagaimanapun ketika Jepun mula – mula hendak menyerang Tanah Melayu, Thailand dianggap sebagai memihak kepada pihak Berikat dan akan menentang Jepun. Tetapi kerajaan Jepun telah dapat mengubah sikap kerajaan Thailand dengan menjanjikan bahawa Jepun akan menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepadanya sekiranya kerajaan Thailand tidak menentang Jepun dan membenarkan tenteranya melalui bumi Thailand untuk menyerang Tanah Melayu.[10] Apabila Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu, Jepun telah mengembalikan negeri – negeri Melayu utara kepada Thailand selepas berjaya mencapai matlamat mereka. Oleh itu dapatlah dianggap penyerahan negeri – negeri ini sebagai pengembalian semula tanah wilayah kepada Thailand selepas diambil alih oleh British melalui Perjanjian Bangkok. Pemindahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara ini juga berkait rapat dengan pertolongan dan kerjasama kerajaan Thailand kepada tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu pada akhir tahun 1941.[11] Tentang kenapa Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dapat dilihat daripada Pemberitahuan Kerajaan Terengganu bilangan 12 bertarikh 7 Julai 2603 yang berbunyi ; “sebabnya itu semata – mata menurut perikatan persahabatan yang baik di antara negeri Dai Nippon dan negeri Thailand dan supaya membalas budi kepadanya yang berusahakan dirinya kepada pekerjaan pendirian Lengkongan Kemakmuran Asia Timor Raya dan lagi menurut semangat supahan Nippon supaya menguatkan lagi di atas asas pekerjaan pendirian Lengkongan Kemakmuran Bersama Asia Raya”[12] Alasan tersebut menunjukkan kerajaan Jepun mematuhi janji mereka pada tahun 1941 dan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membenar memberi kerjasama kepada Jepun ketika mereka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu.[13] Dalam perjanjian ini, Thailand dan Jepun berazam hendak bekerjasama dengan rapat menjalankan peperangan yang sama melawan Amerika Syarikat dan empayar British hingga berjaya dan menubuhkan Lingkungan Asia Timur Raya yang berasaskan keadilan.[14] Selain daripada itu, motif lain penyerahan negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand adalah kerana Jepun ingin mengurangkan kawasan pemerintahan mereka. Ini kerana Jepun mahu mengurangkan tenaga kerjanya agar boleh digunakan bagi kempen ketenteraan di Myammar. Manakala arus perang Pasifik pula nampaknya telah menggugat keupayaan Jepun untuk mengawal kawasan yang luas. Sungguhpun Tanah Melayu telah ditakluki oleh Jepun tetapi peperangan dengan pihak British dan Amerika Syarikat terus berlaku di Kepulauan Pasifik, New Guinea dan sempadan Burma – India.[15] Penyerahan negeri – negeri Melayu utara terpaksa dibuat sebagai usaha untuk terus mengongkong Siam dalam pakatan ketenteraan. Pada pendapat saya, langkah Jepun ini adalah lebih memihak kepada diri Jepun sendiri di mana jika terdapat kewujudan penentangan dari negeri – negeri Melayu utara, Siam boleh diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu tanpa melibatkan penglibatan Jepun secara lansung. Ini juga kerana walaupun Jepun telah menyerahkan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada Siam, tetapi Jepun masih lagi mempunyai kekuasaan ke atas beberapa aspek pentadbiran. Walaubagaimanapun tindakan ini ditentang oleh ahli – ahli politik Jepun yang dianggap bertentangan dengan dasar penjajahannya. Bagaimanapun dari segi hubungan diplomasi, penyerahan negeri – negeri Melayu utara adalah untuk menguatkan hubungan antara Jepun dengan Thailand. Perdana Menteri, Phibun Songkram melihat penyerahan pentadbiran ini adalah sebagai suatu kemenangan diplomasinya kerana dapat mengembalikan semula wilayah yang diambil oleh British walaupun negeri – negeri Melayu utara tidaklah penting dari segi strategi berbanding dengan kawasan Laos dan Kemboja. Selain daripada itu, Jepun juga memerlukan persahabatan dengan Thailand untuk keselamatan tentera Jepun. Ini kerana Thailand telah membenarkan Jepun melalui negaranya untuk melakukan serangan ke atas Tanah Melayu. Malahan Jepun berjaya memujuk Perdana Menteri Thailand untuk membenarkan Jepun mendarat di Patani, Songkla. Oleh itu, pada bulan Mac 1941, pejabat consular Jepun telah dibuka di Songkla.[16] Berikutan itu, pada Julai 1941, Jepun telah memasuki Indo – China dan menguasainya pada Disember 1941.[17] Malahan terdapat Ketumbukan Tentera Kawalan Diraja dan Ketumbukan Ke 5 tentera Jepun di Thailand. Oleh itu, hubungan baik Jepun dengan kerajaan Thailand telah memberi kelebihan kepada Jepun untuk menakluki Tanah Melayu. Di samping itu, Jepun juga telah mengembalikan semula wilayah Thailand yang telah diambil oleh British dalam Perjanjian Bangkok. Dengan ini dapat dinyatakan bahawa penyerahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand dilihat sebagai suatu usaha Jepun untuk terus mendapat kerjasama daripada kerajaan Thailand di dalam kempen ketenteraannya untuk meluaskan kuasanya. Bagaimanapun seorang pemerhati tempatan menyatakan penyerahan pantadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand adalah kerana Jepun tidak mampu mengawal seluruh Tanah Melayu. Ini dapat dilihat dengan adanya kapal B 29 di ruang angkasa Kedah tanpa ada sebarang tindak balas daripada Jepun. Malahan dua buah kapal selam pihak Berikat juga sering dilihat muncul di kawasan Kuala Kedah.[18] Apabila kita membincangkan mengenai pemindahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, kita seharusnya juga melihat kesan – kesan akibat penyerahan negeri – negeri Melayu utara ini. Masyarakat memberikan reaksi yang berbeza terhadap penyerahan negeri – negeri Melayu utara terhadap Thailand. Di Terengganu misalnya, perpindahan pentadbiran Terengganu ini dibantah oleh sekumpulan rakyat yang tidak berpuas hati. Mereka berpendapat yang mereka sesuai dengan perjalanan dan pemerintahan Jepun.[19] Bagaimanapun kalangan buruh – buruh pula berpendapat bahawa mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan wang. Ini kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak.[20] Ada juga yang berpendapat sementara peperangan dan negeri belum aman adalah lebih sesuai negeri Terengganu diletakkan dibawah pentadbiran Jepun. Ini kerana ada pegawai – pegawai Melayu yang sudah memahami perjalanan pentadbiran Jepun serta sudah dapat membantu pegawai – pegawai Jepun menjalankan pekerjaan. Selain itu, Jepun juga memberikan kebebasan kepada agama dan adat Melayu.[21] Bagaimanapun Mufti Kerajaan Terengganu telah mengajukan surat kepada Sultan Ali bertarikh 18 Julai 1943 yang menyatakan adanya perasaan kurang senang dengan perpindahan negeri Terengganu kepada pentadbiran Thailand. Mufti menyatakan yang ramai berpendapat Terengganu akan mengalami kerugian besar akibat perpindahan pentadbiran tersebut kerana pentadbiran tentera Jepun membantu yang daif dan mewujudkan Kemakmuran dalam Lingkungan Timur Asia Raya.[22] Namun begitu, negeri – negeri Melayu utara yang lain pula memperlihatkan reaksi yang berbeza. Kedah misalnya menyambut baik perubahan kuasa ini. Ini kerana mereka berasa lebih senang kerana pentadbiran telah kembali kepada pihak awam. Perubahan kuasa ini memberi kebebasan bergerak yang lebih kepada rakyat. Rakyat tidak lagi merasa diancam oleh pihak tentera Jepun. Pegawai – pegawai Thailand pula memberikan perintah supaya menjalankan pentadbiran masing – masing seperti asal sebelum kedatangan Jepun. Walaupun pentadbiran diambil alih oleh tentera Thailand dan berpusat di Alor Setar tetapi kuasa tentera Jepun masih berterusan. Misalnya Jepun masih lagi mengawal keretapi Kedah dan Perlis manakala Thailand mengawal Kelantan. Sementara Jepun masih mengawal lagi perkhidmatan telefon dan pos.[23] Kesan penyerahan yang seterusnya ialah pengembalian kuasa Sultan. Pemerintah tentera Thailand mengambil keputusan memulangkan kembali pentadbiran kepada Sultan dan pegawainya.[24] Pada 17 Disember 1943, kerajaan Thailand membuat persiapan untuk menyerahkan pentadbiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Sultan masing – masing.[25] Sultan akan menjadi ketua negeri dan Pesuruhjaya Tentera Thai sebagai penasihat. Pentadbiran di dalam negeri diserahkan kepada Sultan dan Majlis Montri Sapha atau Mensyuarat Negeri untuk menguruskannya.[26] Dengan kuasa yang diberikan kepada Sultan telah meletakkan baginda di atas sekali di dalam pentadbiran negeri. Keadaan ini berbeza sekali semasa dibawah pemerintahan Jepun. Pada masa itu, Sultan tidak mempunyai kuasa dan hak ke atas pentadbiran di dalam negeri kecuali dengan perkara – perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.[27] Selain daripada itu, kesan penyerahan yang lain ialah berlakunya perubahan pentadbiran daripada pentadbiran tentera Jepun kepada pentadbiran tentera Thailand. Pentadbiran empat buah negeri akan dikendalikan oleh tentera Thailand. Hal ehwal pentadbiran tiap – tiap negeri pula akan dikendalikan oleh pentadbir. Ketua pentadbir pula akan menasihati secara lansung pentadbir tiap – tiap negeri. Pentadbiran tiap – tiap negeri pula akan dikendalikan oleh pegawai tentera. Setiap pegawai tentera boleh memilih cara yang difikirkan sesuai dengan kehendak penduduk tempatan dan keadaan setempat.[28] Kerajaan Thailand juga akan membentuk sistem pembandaran atau municipal system dalam bandar – bandar besar di tiap – tiap negeri.[29] Dalam pentadbiran tentera Thailand yang paling tinggi ialah Pesuruhjaya Tentera atau Khaluang Thaharn Pracham Rath Chamrat.[30] Di samping itu juga, kesan penyerahan pentadbiran tentera Jepun kepada tentera Thailand telah memperlihatkan juga pemgembalian kemudahan anak – anak tempatan. Kerajaan Thailand memberi peluang kepada anak tempatan untuk memerintah negeri dan didapati kesemua pejabat – pejabat kerajaan telah dikuasai oleh pegawai – pegawai Melayu.[31] Misalnya pada 6 Januari 1944, Pejabat Setiausaha Kerajaan yang ditutup semasa pentadbiran tentera Jepun telah dibuka semula selepas penyerahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand.[32] Seterusnya memandangkan keadaan ekonomi yang semakin buruk, kerajaan Thailand telah mengambil langkah – langkah untuk membantu kakitangan untuk meringankan kesusahan hidup mereka. Mulai bulan Mac 1944, kerajaan telah memberi elaun kepada kakitangannya. Pemberian elaun bergantung kepada status seseorang. Bagi kakitangan yang menerima gaji sebanyak $100 sebulan dan ke bawah akan diberi elaun sebanyak $5.00 bagi yang bujang dan $10.00 bagi yang berkeluarga. Bagi kakitangan yang menerima gaji mereka kurang daripada $20 sebulan akan ditingkatkan gaji mereka sampai ke taraf itu.[33] Dengan bantuan kerajaan Thailand ini telah memperlihatkan kesan positif daripada perubahan pentadbiran Jepun kepada Thailand. Selain daripada itu, kesan yang baik yang lain dapat dinyatakan apabila keempat – empat buah negeri Melayu utara dapat menikmati kemudahan makanan dan keperluan asas yang lebih baik. Ini kerana pentadbiran tentera Jepun telah mengakibatkan ramai penduduk di Tanah Melayu hidup dalam kesusahan dan rata – ratanya ditindas dan dizalimi. Apabila tentera Thailand mengambil alih pentadbiran tentera Jepun, kehidupan rakyat agak baik kerana mereka tidak lagi ditindas dan tentera Thailand bukanlah tentera yang kejam. Bagaimanapun kerajaan Thailand turut membuat perubahan seperti mengadakan kelas – kelas bahasa Thai untuk kakitangannya.[34] Tetapi kerajaan Thai tidaklah mengambil tumpuan untuk mensiamkan penduduk tempatan. Selain itu, kerajaan Thai turut menerapkan pentadbiran seperti masa pejabat yang telah disesuaikan dengan keadaan setempat dan bukan lagi mengikut masa Nippon.[35] Pada 19 Oktober 1943, pemerintah tentera Thai turut mengeluarkan arahan supaya bendera Thai dinaikkan di tiap – tiap pejabat kerajaan dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang waktu Thailand.[36] Malahan Sultan – Sultan dibenarkan mengibar bendera negeri masing – masing.[37] Bagaimanapun tidak dinafikan bahawa pemindahan pentadbiran Jepun kepada Thailand turut mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya sedikit sebanyak dari segi pentadbiran. Ini dapat dilihat melalui dasar kerajaan Thailand yang melampau seperti pengharaman amalan poligami dan pentadbiran yang terlalu mengikut corak pentadbiran tentera Thailand. Misalnya masing – masing negeri diwajibkan menyambut hari kebesaran negara Thailand. Kemudiannya pada 28 Disember 1944, pejabat Pesuruhjaya Tentera Thailand mengeluarkan atur cara sambutan tahun baru. Pesuruhjaya tentera meminta supaya semua bangunan pejabat kerajaan, rumah pegawai, perniagaan dan orang ramai mengibarkan bendera Thai selama 3 hari.[38] Ini menjelaskan kepada kita bahawa kerajaan Thailand telah menerapkan budaya pentadbiran mereka ke dalam pentadbiran negeri – negeri Melayu utara yang mana ia wajib untuk diikuti. Di samping itu, tindakan Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand tidak disukai oleh orang Melayu kerana Jepun telah mencabuli hak orang Melayu. Hak orang Melayu telah diancam.[39] Selain itu, dengan penyerahan keempat – empat buah negeri Melayu itu kepada kerajaan Thailand, maka bilangan penduduk bukan Melayu di Tanah Melayu menjadi kurang dibandingkan dengan penduduk bukan Melayu kerana Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu mempunyai majority penduduk Melayu yang besar. Boleh dikatakan orang Melayu kehilangan kedudukan masyarakat terbesar di Tanah Melayu. Ia juga sebagai pengganti masyarakat Cina adalah majority buat kali pertama yang mengancam hak orang Melayu. Namun demikian orang Melayu pada masa itu tidak mampu untuk menentang penyerahan negeri – negeri Melayu utara ini dengan kekerasan.[40] Oleh yang demikian, kita dapat membuat kesimpulan bahawa perjanjian rahsia antara Jepun dan Thailand yang membawa kepada penyerahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara yang merupakan kunci kepada faktor – faktor penyerahan yang seterusnya. Di samping sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan Jepun kepada kerajaan Thailand yang telah membenarkan tentera Jepun melalui negaranya untuk menyerang Tanah Melayu. Faktor – faktor penyerahan negeri – negeri Melayu utara ini pula telah membawa kepada kesan – kesan yang baik dan tidak baik terutamanya terhadap aspek pentadbiran negeri – negeri Melayu utara walaupun tidaklah secara menyeluruh. Bagaimanapun pentadbiran kerajaan Thailand di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu berakhir setelah Jepun menyerahkan kalah kepada pihak Berikat. pada 15 Ogos 1945. RUJUKAN Muda Mohd Taib Hj Rahman, Pendudukan Jepun di Terengganu, Khoo Kay Kim (editor), Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1985. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996. SUK, Tr., 51 / 2603, Pemberitahuan Khas Kerajaan Terengganu, Bilangan 12, 7 Haribulan 7 Tahun 2603. Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Jepun dan Thai di Terengganu 1942 – 1945, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya, 1996. Mohd Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1851 – 1942, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Mohd Isa Othman, Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu ( Tumpuan Di Negeri Kedah ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Nik Anuar bin Nik Mahmud, Kelantan dibawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941 – 1945 : Satu Kajian Sepintas Lalu, dalam Malaysia : Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1978. Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia Dari Segi Sejarah,Bilangan 24, 1996. [1] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi Sejarah, Bilangan 24, 1996, hlm 104. [2] Ibid., hlm 105. [3] Ibid. [4] Ibid. [5] Muda Mohd Taib Hj Rahman, Pendudukan Jepun di Terengganu, Khoo Kay Kim ( editor ), Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1985, hlm 182. [6] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, , 1996, hlm 190. [7] Ibid. [8] Ibid. [9] Ibid., hlm 190 dan 191. [10] Ibid., hlm 255. [11] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 104. [12] SUK, Tr., 51/ 2603, Pemberitahu Khas Kerajaan Terengganu, Bilangan 12, 7 haribulan 7 tahun 2603. [13] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi Sejarah, hlm 106. [14] Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Jepun dan Thai di Terengganu 1942 – 1945, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya, 1996, hlm 78. [15] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, hlm 263. [16]Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi Sejarah, hlm 105. [17] Ibid. [18] Mohd Isa Othman, Politik Tradisonal Kedah 1851 – 1942, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm49. [19] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 107. [20] Ibid. [21] Ibid. [22] Ibid. [23] Mohd Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( Tumpuan di Negeri Kedah ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 50. [24] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 111. [25] Ibid., hlm 113. [26] Nik Anuar bin Nik Mahmud, Kelantan dibawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941 – 1945 : Satu Kajian Sepintas Lalu dalam Malaysia : Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1978, hlm 254. [27] Ibid. [28] Oong Hak Ching , Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 108. [29] Ibid., hlm 113. [30] Nik Anuar bin Nik Mahmud, Kelantan dibawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941 – 1945, hlm 254. [31] Ibid., hlm 256. [32] Ibid. [33] Ibid., hlm 257. [34] Ibid. [35] Ibid. [36] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 109. [37] Ibid., hlm 111. [38] Ibid., hlm 114. [39] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, hlm 258. [40] Ibid.