CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Tuesday, January 20, 2009

SISTEM BERAJA DI CHINA DAN JEPUN SATU PERBANDINGAN

1. Sistem pemerintahan yang diamalkan di China dan Jepun ialah sistem maharaja. Maharaja ialah individu yang paling berkuasa dan menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat.

2. Sistem ini berasaskan campuran system tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.

3. Maharaja dibantu oleh pembesar atau hulubalang. Di China system maharaja bermula sejak Dinasti Hsia.

4. Maharaja China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah kedatangan kuasa barat.

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di China

Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada tahun 2697 sm
PEMERINTAHAN BERCORAK DINASTI BERMULA SEMASA RAJA YU
Dinasti Hsia memulakan sistem pemerintahan berdasarkan keturunan
(2205-1755 sm)

1.Maharaja menduduki lapisan tertinggi dalam struktur social. Maharaja tinggal di ibu kota Peking dan memerintah kerajaan melalui kuasa mutlaknya.
2. Sistem maharaja di China sebelum campurtangan barat di pegang oleh Dinasti Manchu. Maharaja dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.
3. Kedudukan politik sesorang maharaja adalah melalui konsep “mandat dari syurga”.Konsep ini meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga.
4. Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh mendakwa maharaja.
5. Maharaja mesti memerintah dengan aman dan adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang kekacauan didalam negeri,ini menunjukkan kegagalan maharaja mengekalkan mandat dari syurga.Maka maharaja akan digantikan oleh pemerintah baru.

Gelaran Maharaja digunakan oleh Shih Huang Ti (221-220sm) iaitu Dinasti Chin.
Dinasti Chin diganti oleh beberapa dinasti seperti Han,Sui,Tang,Mongol,Ming dan Manchu sehingga 1912
Maharaja mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat
Maharaja dibantu oleh pembesar di pelbagai peringkat

Struktur pentadbiran

Kuasa autonomi diberikan oleh maharaja kepada pentadbir awam dan di wilayah-wilayah
Setiap wilayah dikuasai oleh seorang pentadbir awam,gabenor tentera dan pengawas

Mandat dari syurga

Kuasa dan kedudukan raja
Maharaja dianggap anak syurga
Diberi mandat untuk memerintah dunia.
Dianggap ditarik balik apabila pemerintahan maharaja menunjukkan tanda-tanda kelemahan seperti peperangan,bencana,perebutan takhta , persengketaan dll

Namun demikian sistem pemerintahan beraja di Jepun berbeza dengan sistem pemerintahan beraja di China.

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di Jepun.

1. Maharaja mengetuai system pemerintahan di Jepun. Maharaja merupakan pemerintah keduniaan dan kerohanian.
2. Pemerintahan Jepun bercorak ketenteraan apabila kuasa sebenar kerajaan dipegang oleh Shogun. Shogun Tokugawa memerintah Jepun dan memegang kuasa pemerintahan atas nama maharaja.

3. Maharaja dianggap sebagai ketua Negara tetapi kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasa pemerintahan.
4. Maharaja tinggal terpisah di Kyoto dan hanya dikelilingi oleh pegawai-pegawai istana atau Kuge. Shogun memegang kuasa sebenar dan memerintah “atas nama maharaja.” 5. Pada 1868 Maharaja Meiji menaiki takhta.Ini menandakan kejatuhan Shogun Tokugawa.

Sistem pemerintahan beraja di Jepun

Maharaja merupakan pemerintahan keduniaan dan kerohanian
Maharaja diasingkan,terpencil dan terpisah di Kyoto.
Baginda tinggal bersama-sama dengan kuge atau pegawai-pegawai istana
Maharaja tidak berkuasa hanya boneka kepada golongan bangsawan

Golongan bangsawan berkuasa dan berpengaruh.
Mereka memonopoli jawatan tinggi dalam kerajaan
Golongan hulubalang ( shogun ) menjalankan pemerintahan.
Shogun tinggal di Yedo (Tokyo)mendirikan pusat pemerintahannya sendiri dan menjalankan pemerintahan atas nama maharaja

Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki tempat kedua selepas maharaja dalam hierarki masyarakat.
Pemerintahan secaara tidak langsung oleh shogun ialah melalui daimyo atau pembesar-pembesar feudal.

Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.

Pengenalan
Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak. Kedudukannya dianggap suci dan kudus dan sebelum kedatangan agama Islam dianggap sebagai devaraja atau anak tuhan. Dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah.Diperkukuhkan dengan unsure daulat dan beberapa keistimewaan tertentu. Selepas Perjanjian pangkor 1874 kuasa dan peranan sultan mula berubah akibat sistem residen.
Hilang kuasa pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat.
Menjadi boneka kerana terpaksa meminta nasihat residen sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
Hilang hak memungut cukai – sumber pendapatan terjejas digantikan dengan pencen yang nilainya lebih rendah
Hilang kuasa mutlak iaitu Majlis Sultan digantikan dengan Majlis Negeri. Sultan tidak berkuasa membuat keputusan yang akan ditentukan oleh residen
Hilang kuasa tentera.
Hilang kuasa atau hak menjatuhkan hukuman bunuh kerana British memperkenalkan system kehakiman British.
Perlantikan berdasarkan golongan yang tidak menentang pentadbiran British dan bukan mengikut system yang sedia ada seperti di Perak ( perlantikan Sultan Abdullah )
Kuasa semakin terjejas apabila NNMB ditubuhkan pada 1896. Ketua pentadbir NNMB ialah Residen General
Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) menjejaskan lagi kedudukan dan kuasa sultan kerana kuasa berpusat di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Sultan hanya ahli biasa dan tidak boleh membantah atau membatalkan usul MMP.
Penubuhan Malan Union (MU) 1946 meruntuhkan system beraja. Gabenor menjadi pengerusi majlis Agama islam bagi negeri-negeri Melayu. Hilang hak sebagai ketua agama Islam
Kesimpulan
Kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam perlembagaan Persekutuan Tanah melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-raja. Dianggotai oleh tujuh raja-raja melayu dan dipengerusikan oleh seorang raja. Perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara berkaitan perhubungan, migrasi dan perlantikan pegawai kanan kerajaan.

Friday, February 15, 2008

Nota untuk Isnin 18/2/2008 :Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

  • PENDAHULUAN

  • -Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang
  • -Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

    ISI-ISI

  • -Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu.
  • -Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.
  • -Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.
  • -Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.
  • -Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
  • -Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.
  • -Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.
  • -Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat
    Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn
    Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham
  • –ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.
  • -1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
  • -Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
  • -Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.
  • -Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
  • -Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
  • -British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

  • KESIMPULAN
  • -Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.
  • -Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

  • Monday, January 28, 2008

    JAWAPAN TAJUK PERBINCANGAN KUMPULAN 4 (28.1.2008)

  • Taniah kepada kumpulan 4 terdiri daripada Suresh,Ali,Azri dan Zarif kerana telah berjaya membentangkan tajuk persoalan yang diberikan. Di bawah ialah contoh jawapan dan skima permarkahan sebagai rujukan semua pelajar. Cara pembelajaran pelajar STPM atau PRA Universiti adalah berbeza pada tahap SPM. Anda perlu banyak membaca dan membuat peta minda daripada isi yang diberikan untuk memudahkan menghurai dan memperkembangkan isi sebagai satu jawapan yang matang.

  • Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

  • Pendahuluan

  • Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British
    ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir musnah semasa pendudukan Jepun.Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.

  • ISI

  • SABAH

  • tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

  • tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.
    penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

  • kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.
    pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan.Antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.

  • SARAWAK

  • wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.Penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British.Persatuan Melayu Sarawak pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah.PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara.

  • kegiatan Rukun 13 lumpuh PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. Pada 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri. PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951.

  • KESIMPULAN

  • Penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah
    mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak BERJAYA sekurang-kurang berjaya menimbulkan rasa gerun di hati pentadbir British supaya berhati-hati dalam tindakan mereka. Bagi penduduk Sarawak pula walaupun kecil bilangan yang terlibat sudah cukup bermakna menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik dan sedar akan erti kemerdekaan.

    Tugasan Seterusnya adalah kumpulan 1 pada 1 Febuari 2008.

  • Thursday, January 24, 2008

    KULIAH 6 : ISNIN 28/1/2008

    Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

    PENDAHULUAN

    Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.

    British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.

    Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.

    PERBINCANGAN OLEH KUMPULAN 4 YANG DIKETUAI OLEH ALI , SURESH , ZARIF

    PERBINCANGAN MESTILAH MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT:

    I. BENTUK REAKSI PENDUDUK SABAH

    II. BENTUK REAKSI PENDUDUK SABAH

    III.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBEZAKAN REAKSI DI KEDUA-DUA NEGERI TERSEBUT

    IV. KESAN PENDIDIKAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SABAH DAN SARAWAK

    V. PERKARA-PERKARA LAIN PERLU DIAMBIL KIRA DALAM MENENTUKAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SABAH DAN SARAWAK.

    KULIAH JUMAAT 25/1/2008 KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

    Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )

    PENDAHULUAN

    Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

    A. Kesan politik

    Menyemarakkan semangat nasionalisme.kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British dikalangan orang Melayu yang anti British..

    Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.

    orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.

    kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah.

    membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu. Seperti KMM, PETA, KRIS

    B. Kesan Ekonomi

    sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali

    Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.

    rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.

    Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

    kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun.

    perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport

    perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun

    orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.


    C. Kesan sosial

    perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.

    permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.

    orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.

    tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.

    pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.

    Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun

    mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

    KESIMPULAN

    Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
    Tanah Melayu.Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga
    kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut
    kemerdekaan.

    Wednesday, January 16, 2008

    TEMA 1


    SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR

    TEMA 1 – BAHAGIAN A ( SEJARAH MALAYSIA )

    1. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campurtangan British di Tanah Melayu.

    2.Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

    3. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.

    4.Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

    5.Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

    6.Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

    7.Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak sehingga abad ke 20.

    8.Bincangkan golongan yang perintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah Melayu sebelum campurtangan British.

    9.Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauhmanakah pernyataan ini benar.

    10. Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di T. Melayu pada abad ke 19.