CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Thursday, March 19, 2009

HURAIKAN FAKTOR – FAKTOR PENYERAHAN NEGERI – NEGERI MELAYU, PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU KEPADA PENTADBIRAN TENTERA THAILAND PADA TAHUN 1943

Bermula sejak tahun 1938, negara Thailand dan Jepun telah membuat satu pakatan. Jepun telah membuat pakatan dengan kerajaan Thailand sebelum melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu[1]. Perdana Menteri Thailand, Phibun Songkram yang mendapat sokongan penuh daripada Parlimen percaya kerjasama dengan Jepun amat penting bagi mendapatkan semula tanah jajahan Thailand yang diserahkan kepada Indo – China. Perdana Menteri Thailand, Phibun Songkram yang mendapat sokongan penuh daripada Parlimen percaya kerjasama dengan Jepun amat penting bagi mendapatkan semula tanah jajahan Thailand yang diserahkan kepada Indo – China. Dengan itu, secara rahsia pada Oktober 1940, Phibun Songkram telah membenarkan Jepun meyerang Tanah Melayu melalui Thailand. Keputusan Phibun Songkram ini turut dipengaruhi oleh kekalahan Peranchis di tangan Jerman. Hasil daripada pakatan ini, pada bulan Mac 1941, pejabat consular Jepun telah dibuka di Songkla.[2] Setelah mentadbir beberapa tahun, pada tahun 1943, kerajaan tentera Jepun mengambil langkah untuk memindahkan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan Thailand.[3] Pada 5 Julai 1943, Perdana Menteri Tojo yang melawat Bangkok dan Perdana Menteri Thailand, Phibun Songkram telah membuat pengistiharan bersama bahawa kerajaan Thailand akan menyerahkan kembali wilayah Thailand yang hilang dulu.[4] Oleh yang demikian, pada 20 Ogos 1943, kerajaan Thailand dan kerajaan Jepun menandatangani satu perjanjian di Bangkok yang mana ia mencatatkan bahawa kerajaan Jepun akan meyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan kawasan Kengton dan Mongpan dalam wilayah Shan di Burma kepada Thailand.[5] Terdapat beberapa faktor penyerahan negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand. Penyerahan negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand boleh dikatakan sebagai pengembalian semula negeri - negeri ini kepada Thailand selepas diambil alih oleh kerajaan British di dalam Perjanjian Bangkok. Pada mulanya Siam menguasai negeri – negeri Melayu utara. Bagaimanapun, negeri – negeri Melayu utara enggan mengiktiraf kekuasaan Siam ke atas mereka. Di samping itu pula, Siam sentiasa menghadapi masalah demi masalah berhubung dengan negeri – negeri Melayu utara.[6] Peperangan dan penentangan sering berlaku. Menjelang tahun 1904, Kedah sering menghadapi masalah kewangan yang genting. Kedah berharap Siam akan dapat mengatasi masalah itu, tetapi Siam gagal menyelesaikannya.[7] Dengan ini rundingan diadakan dengan British yang akhirnya menghasilkan Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909.[8] Antara syarat – syarat terpenting di dalam Perjanjian Bangkok ialah : i. Keempat – empat negeri – negeri Melayu utara itu termasuklah pulau berhampiran yang berada di bawah kekuasaan keempat – empat negeri itu diserahkan kepada kekuasaan British. ii. Siam bersetuju tidak akan menyewa mana – mana kawasannya kepada sebarang kuasa asing tanpa mendapat kebenaran daripada kerajaan British. iii. British menggunakan wang daripada Negeri – negeri Melayu Bersekutu untuk menyelesaikan hutang piutang negeri – negeri Melayu utara. iv. Pihak British tidak akan campur tangan dalam hal ehwal tanah jajahan Siam yang lain.[9] Bagaimanapun ketika Jepun mula – mula hendak menyerang Tanah Melayu, Thailand dianggap sebagai memihak kepada pihak Berikat dan akan menentang Jepun. Tetapi kerajaan Jepun telah dapat mengubah sikap kerajaan Thailand dengan menjanjikan bahawa Jepun akan menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepadanya sekiranya kerajaan Thailand tidak menentang Jepun dan membenarkan tenteranya melalui bumi Thailand untuk menyerang Tanah Melayu.[10] Apabila Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu, Jepun telah mengembalikan negeri – negeri Melayu utara kepada Thailand selepas berjaya mencapai matlamat mereka. Oleh itu dapatlah dianggap penyerahan negeri – negeri ini sebagai pengembalian semula tanah wilayah kepada Thailand selepas diambil alih oleh British melalui Perjanjian Bangkok. Pemindahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara ini juga berkait rapat dengan pertolongan dan kerjasama kerajaan Thailand kepada tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu pada akhir tahun 1941.[11] Tentang kenapa Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dapat dilihat daripada Pemberitahuan Kerajaan Terengganu bilangan 12 bertarikh 7 Julai 2603 yang berbunyi ; “sebabnya itu semata – mata menurut perikatan persahabatan yang baik di antara negeri Dai Nippon dan negeri Thailand dan supaya membalas budi kepadanya yang berusahakan dirinya kepada pekerjaan pendirian Lengkongan Kemakmuran Asia Timor Raya dan lagi menurut semangat supahan Nippon supaya menguatkan lagi di atas asas pekerjaan pendirian Lengkongan Kemakmuran Bersama Asia Raya”[12] Alasan tersebut menunjukkan kerajaan Jepun mematuhi janji mereka pada tahun 1941 dan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membenar memberi kerjasama kepada Jepun ketika mereka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu.[13] Dalam perjanjian ini, Thailand dan Jepun berazam hendak bekerjasama dengan rapat menjalankan peperangan yang sama melawan Amerika Syarikat dan empayar British hingga berjaya dan menubuhkan Lingkungan Asia Timur Raya yang berasaskan keadilan.[14] Selain daripada itu, motif lain penyerahan negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand adalah kerana Jepun ingin mengurangkan kawasan pemerintahan mereka. Ini kerana Jepun mahu mengurangkan tenaga kerjanya agar boleh digunakan bagi kempen ketenteraan di Myammar. Manakala arus perang Pasifik pula nampaknya telah menggugat keupayaan Jepun untuk mengawal kawasan yang luas. Sungguhpun Tanah Melayu telah ditakluki oleh Jepun tetapi peperangan dengan pihak British dan Amerika Syarikat terus berlaku di Kepulauan Pasifik, New Guinea dan sempadan Burma – India.[15] Penyerahan negeri – negeri Melayu utara terpaksa dibuat sebagai usaha untuk terus mengongkong Siam dalam pakatan ketenteraan. Pada pendapat saya, langkah Jepun ini adalah lebih memihak kepada diri Jepun sendiri di mana jika terdapat kewujudan penentangan dari negeri – negeri Melayu utara, Siam boleh diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu tanpa melibatkan penglibatan Jepun secara lansung. Ini juga kerana walaupun Jepun telah menyerahkan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada Siam, tetapi Jepun masih lagi mempunyai kekuasaan ke atas beberapa aspek pentadbiran. Walaubagaimanapun tindakan ini ditentang oleh ahli – ahli politik Jepun yang dianggap bertentangan dengan dasar penjajahannya. Bagaimanapun dari segi hubungan diplomasi, penyerahan negeri – negeri Melayu utara adalah untuk menguatkan hubungan antara Jepun dengan Thailand. Perdana Menteri, Phibun Songkram melihat penyerahan pentadbiran ini adalah sebagai suatu kemenangan diplomasinya kerana dapat mengembalikan semula wilayah yang diambil oleh British walaupun negeri – negeri Melayu utara tidaklah penting dari segi strategi berbanding dengan kawasan Laos dan Kemboja. Selain daripada itu, Jepun juga memerlukan persahabatan dengan Thailand untuk keselamatan tentera Jepun. Ini kerana Thailand telah membenarkan Jepun melalui negaranya untuk melakukan serangan ke atas Tanah Melayu. Malahan Jepun berjaya memujuk Perdana Menteri Thailand untuk membenarkan Jepun mendarat di Patani, Songkla. Oleh itu, pada bulan Mac 1941, pejabat consular Jepun telah dibuka di Songkla.[16] Berikutan itu, pada Julai 1941, Jepun telah memasuki Indo – China dan menguasainya pada Disember 1941.[17] Malahan terdapat Ketumbukan Tentera Kawalan Diraja dan Ketumbukan Ke 5 tentera Jepun di Thailand. Oleh itu, hubungan baik Jepun dengan kerajaan Thailand telah memberi kelebihan kepada Jepun untuk menakluki Tanah Melayu. Di samping itu, Jepun juga telah mengembalikan semula wilayah Thailand yang telah diambil oleh British dalam Perjanjian Bangkok. Dengan ini dapat dinyatakan bahawa penyerahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand dilihat sebagai suatu usaha Jepun untuk terus mendapat kerjasama daripada kerajaan Thailand di dalam kempen ketenteraannya untuk meluaskan kuasanya. Bagaimanapun seorang pemerhati tempatan menyatakan penyerahan pantadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand adalah kerana Jepun tidak mampu mengawal seluruh Tanah Melayu. Ini dapat dilihat dengan adanya kapal B 29 di ruang angkasa Kedah tanpa ada sebarang tindak balas daripada Jepun. Malahan dua buah kapal selam pihak Berikat juga sering dilihat muncul di kawasan Kuala Kedah.[18] Apabila kita membincangkan mengenai pemindahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, kita seharusnya juga melihat kesan – kesan akibat penyerahan negeri – negeri Melayu utara ini. Masyarakat memberikan reaksi yang berbeza terhadap penyerahan negeri – negeri Melayu utara terhadap Thailand. Di Terengganu misalnya, perpindahan pentadbiran Terengganu ini dibantah oleh sekumpulan rakyat yang tidak berpuas hati. Mereka berpendapat yang mereka sesuai dengan perjalanan dan pemerintahan Jepun.[19] Bagaimanapun kalangan buruh – buruh pula berpendapat bahawa mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan wang. Ini kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak.[20] Ada juga yang berpendapat sementara peperangan dan negeri belum aman adalah lebih sesuai negeri Terengganu diletakkan dibawah pentadbiran Jepun. Ini kerana ada pegawai – pegawai Melayu yang sudah memahami perjalanan pentadbiran Jepun serta sudah dapat membantu pegawai – pegawai Jepun menjalankan pekerjaan. Selain itu, Jepun juga memberikan kebebasan kepada agama dan adat Melayu.[21] Bagaimanapun Mufti Kerajaan Terengganu telah mengajukan surat kepada Sultan Ali bertarikh 18 Julai 1943 yang menyatakan adanya perasaan kurang senang dengan perpindahan negeri Terengganu kepada pentadbiran Thailand. Mufti menyatakan yang ramai berpendapat Terengganu akan mengalami kerugian besar akibat perpindahan pentadbiran tersebut kerana pentadbiran tentera Jepun membantu yang daif dan mewujudkan Kemakmuran dalam Lingkungan Timur Asia Raya.[22] Namun begitu, negeri – negeri Melayu utara yang lain pula memperlihatkan reaksi yang berbeza. Kedah misalnya menyambut baik perubahan kuasa ini. Ini kerana mereka berasa lebih senang kerana pentadbiran telah kembali kepada pihak awam. Perubahan kuasa ini memberi kebebasan bergerak yang lebih kepada rakyat. Rakyat tidak lagi merasa diancam oleh pihak tentera Jepun. Pegawai – pegawai Thailand pula memberikan perintah supaya menjalankan pentadbiran masing – masing seperti asal sebelum kedatangan Jepun. Walaupun pentadbiran diambil alih oleh tentera Thailand dan berpusat di Alor Setar tetapi kuasa tentera Jepun masih berterusan. Misalnya Jepun masih lagi mengawal keretapi Kedah dan Perlis manakala Thailand mengawal Kelantan. Sementara Jepun masih mengawal lagi perkhidmatan telefon dan pos.[23] Kesan penyerahan yang seterusnya ialah pengembalian kuasa Sultan. Pemerintah tentera Thailand mengambil keputusan memulangkan kembali pentadbiran kepada Sultan dan pegawainya.[24] Pada 17 Disember 1943, kerajaan Thailand membuat persiapan untuk menyerahkan pentadbiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Sultan masing – masing.[25] Sultan akan menjadi ketua negeri dan Pesuruhjaya Tentera Thai sebagai penasihat. Pentadbiran di dalam negeri diserahkan kepada Sultan dan Majlis Montri Sapha atau Mensyuarat Negeri untuk menguruskannya.[26] Dengan kuasa yang diberikan kepada Sultan telah meletakkan baginda di atas sekali di dalam pentadbiran negeri. Keadaan ini berbeza sekali semasa dibawah pemerintahan Jepun. Pada masa itu, Sultan tidak mempunyai kuasa dan hak ke atas pentadbiran di dalam negeri kecuali dengan perkara – perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.[27] Selain daripada itu, kesan penyerahan yang lain ialah berlakunya perubahan pentadbiran daripada pentadbiran tentera Jepun kepada pentadbiran tentera Thailand. Pentadbiran empat buah negeri akan dikendalikan oleh tentera Thailand. Hal ehwal pentadbiran tiap – tiap negeri pula akan dikendalikan oleh pentadbir. Ketua pentadbir pula akan menasihati secara lansung pentadbir tiap – tiap negeri. Pentadbiran tiap – tiap negeri pula akan dikendalikan oleh pegawai tentera. Setiap pegawai tentera boleh memilih cara yang difikirkan sesuai dengan kehendak penduduk tempatan dan keadaan setempat.[28] Kerajaan Thailand juga akan membentuk sistem pembandaran atau municipal system dalam bandar – bandar besar di tiap – tiap negeri.[29] Dalam pentadbiran tentera Thailand yang paling tinggi ialah Pesuruhjaya Tentera atau Khaluang Thaharn Pracham Rath Chamrat.[30] Di samping itu juga, kesan penyerahan pentadbiran tentera Jepun kepada tentera Thailand telah memperlihatkan juga pemgembalian kemudahan anak – anak tempatan. Kerajaan Thailand memberi peluang kepada anak tempatan untuk memerintah negeri dan didapati kesemua pejabat – pejabat kerajaan telah dikuasai oleh pegawai – pegawai Melayu.[31] Misalnya pada 6 Januari 1944, Pejabat Setiausaha Kerajaan yang ditutup semasa pentadbiran tentera Jepun telah dibuka semula selepas penyerahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara kepada kerajaan Thailand.[32] Seterusnya memandangkan keadaan ekonomi yang semakin buruk, kerajaan Thailand telah mengambil langkah – langkah untuk membantu kakitangan untuk meringankan kesusahan hidup mereka. Mulai bulan Mac 1944, kerajaan telah memberi elaun kepada kakitangannya. Pemberian elaun bergantung kepada status seseorang. Bagi kakitangan yang menerima gaji sebanyak $100 sebulan dan ke bawah akan diberi elaun sebanyak $5.00 bagi yang bujang dan $10.00 bagi yang berkeluarga. Bagi kakitangan yang menerima gaji mereka kurang daripada $20 sebulan akan ditingkatkan gaji mereka sampai ke taraf itu.[33] Dengan bantuan kerajaan Thailand ini telah memperlihatkan kesan positif daripada perubahan pentadbiran Jepun kepada Thailand. Selain daripada itu, kesan yang baik yang lain dapat dinyatakan apabila keempat – empat buah negeri Melayu utara dapat menikmati kemudahan makanan dan keperluan asas yang lebih baik. Ini kerana pentadbiran tentera Jepun telah mengakibatkan ramai penduduk di Tanah Melayu hidup dalam kesusahan dan rata – ratanya ditindas dan dizalimi. Apabila tentera Thailand mengambil alih pentadbiran tentera Jepun, kehidupan rakyat agak baik kerana mereka tidak lagi ditindas dan tentera Thailand bukanlah tentera yang kejam. Bagaimanapun kerajaan Thailand turut membuat perubahan seperti mengadakan kelas – kelas bahasa Thai untuk kakitangannya.[34] Tetapi kerajaan Thai tidaklah mengambil tumpuan untuk mensiamkan penduduk tempatan. Selain itu, kerajaan Thai turut menerapkan pentadbiran seperti masa pejabat yang telah disesuaikan dengan keadaan setempat dan bukan lagi mengikut masa Nippon.[35] Pada 19 Oktober 1943, pemerintah tentera Thai turut mengeluarkan arahan supaya bendera Thai dinaikkan di tiap – tiap pejabat kerajaan dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang waktu Thailand.[36] Malahan Sultan – Sultan dibenarkan mengibar bendera negeri masing – masing.[37] Bagaimanapun tidak dinafikan bahawa pemindahan pentadbiran Jepun kepada Thailand turut mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya sedikit sebanyak dari segi pentadbiran. Ini dapat dilihat melalui dasar kerajaan Thailand yang melampau seperti pengharaman amalan poligami dan pentadbiran yang terlalu mengikut corak pentadbiran tentera Thailand. Misalnya masing – masing negeri diwajibkan menyambut hari kebesaran negara Thailand. Kemudiannya pada 28 Disember 1944, pejabat Pesuruhjaya Tentera Thailand mengeluarkan atur cara sambutan tahun baru. Pesuruhjaya tentera meminta supaya semua bangunan pejabat kerajaan, rumah pegawai, perniagaan dan orang ramai mengibarkan bendera Thai selama 3 hari.[38] Ini menjelaskan kepada kita bahawa kerajaan Thailand telah menerapkan budaya pentadbiran mereka ke dalam pentadbiran negeri – negeri Melayu utara yang mana ia wajib untuk diikuti. Di samping itu, tindakan Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand tidak disukai oleh orang Melayu kerana Jepun telah mencabuli hak orang Melayu. Hak orang Melayu telah diancam.[39] Selain itu, dengan penyerahan keempat – empat buah negeri Melayu itu kepada kerajaan Thailand, maka bilangan penduduk bukan Melayu di Tanah Melayu menjadi kurang dibandingkan dengan penduduk bukan Melayu kerana Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu mempunyai majority penduduk Melayu yang besar. Boleh dikatakan orang Melayu kehilangan kedudukan masyarakat terbesar di Tanah Melayu. Ia juga sebagai pengganti masyarakat Cina adalah majority buat kali pertama yang mengancam hak orang Melayu. Namun demikian orang Melayu pada masa itu tidak mampu untuk menentang penyerahan negeri – negeri Melayu utara ini dengan kekerasan.[40] Oleh yang demikian, kita dapat membuat kesimpulan bahawa perjanjian rahsia antara Jepun dan Thailand yang membawa kepada penyerahan pentadbiran negeri – negeri Melayu utara yang merupakan kunci kepada faktor – faktor penyerahan yang seterusnya. Di samping sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan Jepun kepada kerajaan Thailand yang telah membenarkan tentera Jepun melalui negaranya untuk menyerang Tanah Melayu. Faktor – faktor penyerahan negeri – negeri Melayu utara ini pula telah membawa kepada kesan – kesan yang baik dan tidak baik terutamanya terhadap aspek pentadbiran negeri – negeri Melayu utara walaupun tidaklah secara menyeluruh. Bagaimanapun pentadbiran kerajaan Thailand di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu berakhir setelah Jepun menyerahkan kalah kepada pihak Berikat. pada 15 Ogos 1945. RUJUKAN Muda Mohd Taib Hj Rahman, Pendudukan Jepun di Terengganu, Khoo Kay Kim (editor), Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1985. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996. SUK, Tr., 51 / 2603, Pemberitahuan Khas Kerajaan Terengganu, Bilangan 12, 7 Haribulan 7 Tahun 2603. Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Jepun dan Thai di Terengganu 1942 – 1945, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya, 1996. Mohd Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1851 – 1942, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Mohd Isa Othman, Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu ( Tumpuan Di Negeri Kedah ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Nik Anuar bin Nik Mahmud, Kelantan dibawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941 – 1945 : Satu Kajian Sepintas Lalu, dalam Malaysia : Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1978. Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia Dari Segi Sejarah,Bilangan 24, 1996. [1] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi Sejarah, Bilangan 24, 1996, hlm 104. [2] Ibid., hlm 105. [3] Ibid. [4] Ibid. [5] Muda Mohd Taib Hj Rahman, Pendudukan Jepun di Terengganu, Khoo Kay Kim ( editor ), Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1985, hlm 182. [6] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, , 1996, hlm 190. [7] Ibid. [8] Ibid. [9] Ibid., hlm 190 dan 191. [10] Ibid., hlm 255. [11] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 104. [12] SUK, Tr., 51/ 2603, Pemberitahu Khas Kerajaan Terengganu, Bilangan 12, 7 haribulan 7 tahun 2603. [13] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi Sejarah, hlm 106. [14] Abdullah Zakaria Ghazali, Pentadbiran Jepun dan Thai di Terengganu 1942 – 1945, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya, 1996, hlm 78. [15] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, hlm 263. [16]Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi Sejarah, hlm 105. [17] Ibid. [18] Mohd Isa Othman, Politik Tradisonal Kedah 1851 – 1942, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm49. [19] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 107. [20] Ibid. [21] Ibid. [22] Ibid. [23] Mohd Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( Tumpuan di Negeri Kedah ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 50. [24] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 111. [25] Ibid., hlm 113. [26] Nik Anuar bin Nik Mahmud, Kelantan dibawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941 – 1945 : Satu Kajian Sepintas Lalu dalam Malaysia : Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1978, hlm 254. [27] Ibid. [28] Oong Hak Ching , Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 108. [29] Ibid., hlm 113. [30] Nik Anuar bin Nik Mahmud, Kelantan dibawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941 – 1945, hlm 254. [31] Ibid., hlm 256. [32] Ibid. [33] Ibid., hlm 257. [34] Ibid. [35] Ibid. [36] Oong Hak Ching, Hubungan dan Pentadbiran, Malaysia dari segi sejarah, hlm 109. [37] Ibid., hlm 111. [38] Ibid., hlm 114. [39] Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia : Warisan dan Perkembangan, hlm 258. [40] Ibid.

Monday, March 9, 2009

Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke – 20.


3. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke – 20.

Pengenalan:

1. Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri.
2. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan.
3. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.
4. Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu.
5. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.

ISI:
1. Dasar British.

British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan Kemasukan buruh dari china dan India.

Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan

Nyawa terkorban. Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat , kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir

Kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku memusnahkan banyak nyawa Dan harta benda telah menjadi factor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini.

Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan social
Seperrti pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan Keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti banjir, kemarau , kebuluran

Yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong Mereka berhijrah ke Negara ini.

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi

Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini.

Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani

3. Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu. Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

4. Agama – Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.

5. Pendidikan/persekolahan – Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

6. Sosio budaya – Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.

Kesimpulan:
Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.

Sejauhmanakah Faktor Ekonomi menyebabkan perubahan dasar tidak campur tangan kepada dasar campurtangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874.


2. Sejauhmanakah Faktor Ekonomi menyebabkan perubahan dasar tidak campur tangan kepada dasar campurtangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874.



Pengenalan [3 markah]

• Sebelum 1874 British mengamalkan dasar tidak campurtangan di negeri-negeri Melayu.
• Pegawai-pegawai British diarahkan hanya memberi tumpuan di Negeri-neegeri Selat.
• Tujuannya adalah untuk mengelakkan pemusuhan dengan Siam.
• Negeri-negeri Melayu khususnya Negeri-negeri Melayu utara merupakan negeri naungan Siam.
• Pengalaman terlibat dengan Naning sehingga tercetusnya peperangan menyedarkan mereka agar tidak campurtangan.
• Walau bagaimanapun akibat dari beberapa faktor pada tahun 1874 polisi tersebut bertukar kepada dasar campurtangan.
• Penegasan: Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan penting tetapi terdapat faktor-faktor lain (politik dan sosial)



Faktor-faktor campur tangan

1. Faktor ekonomi

a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
• Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874.
• Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka.
• Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872.
• Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British
• Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.



b. Kepentingan pelaburan British
• Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya.
• Terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’ Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong.
• W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah.
• Tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah.
• Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya.
• Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka.
• Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu
• Surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.


2. Faktor-Faktor Lain

Buat penegasan lagi sekali - Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan penting tetapi terdapat faktor-faktor lain



a. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain

• Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British.
• Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran.
• Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia.
• Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.
• Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam.
• British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya.
• Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871.
• Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873.
• Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang.
• Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman
• Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu.

b. Masalah anarki di negeri-negeri Melayu

• Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta,pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya.
• Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863).
• Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat.
• Kennedy pada bukunya “History of Malaya” menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya “Nineteen Century Malaya”.
• Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas.

c. Faktor kemanusiaan

• Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan.
• Beliau menganggap tanggungjawab orang-orang putih (The white men burden ) ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan peraturan serta keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa.
• Walau bagaimanapun, faktor ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan politik. Malah terdapat ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja ditonjolkan dengan tujuan untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu sebab ekonomi dan politik.

d. Perubahan Kepimpinan di England

• Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Gladstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan.
• Mereka tidak bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
• Sejak tahun 1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme.
• Golongan ini mahukan British campur tangan untuk melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan.
• Lord Kimberley mengarahkan Andrew Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873,
• Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.
• Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan.

e. Tindakan Andrew Clarke

• Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu.
• Andrew Clarke hanya diarahkan oleh Lord Kimberley untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah bagi melindungi kepentingan British di Negeri-negeri Melayu tetapi Andrew Clarke dengan inisiatifnya sendiri telah campur tangan di Perak (Januari 1974), Selangor (Februari 1874) dan Sungai Ujong (April 1874).


Kesimpulan

• Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor ekonomi, namun faktor-faktor lain juga seperti persaingan daripada kuasa asing, anarki dalam negeri, faktor kemanusiaan dan peranan pegawai-pegawai Inggeris turut memainkan peranan penting.
• Faktor-faktor inilah yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan bermulalah dasar campurtangan Inggeris secara rasmi di Tanah Melayu.

1. Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu


1. Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pengenalan ;

1. Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.

2. Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).

Isi
1. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)

a. Sebab:
i. Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
ii. Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.
iii. Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
iv. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.

b. Syarat-syarat:
i. British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.
ii. Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan British.
iii. British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.

c. Kesan-kesan
i. Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU
ii. NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.


2. Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.

a. Sebab:

i. Kebimbangan campur tangan kuasa asing.
• Contoh: Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong Selang (Pulau Phuket), Amerika-Terengganu.
• Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Sian dengan British. British masih bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing.

ii. Peranan Frank Swettenham
• F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di ancam oleh Siam.

iii. Kegiatan R W Duff di Kelantan
• 1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British)
• Sebagai balasannya Sultan Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat Pembangunan Duff.
• Siam tidak mengesahkan hak milik Duff dan Duff tidak mengindahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan.
• Duff mengugut akan mempelawa Jerman menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya.
• British berunding dengan Siam agar mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff daripada meminta bantuan luar.
• Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff. Sekiranya Siam tidak bersetuju British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan.
• Ugutan British menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan Swettanham.

c. Syarat-syarat
a. Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.
b. Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.

d. Kesan-kesan
a. Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu. Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu.

b. Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.

3. PERJANJIAN BANGKOK 1909

a. Sebab-sebab
i. Pakatan Inggeris – Perancis 1904.
ii. Kebimbangan campurtangan asing yang lain.
iii. Pembatalan hak-hak wilayah asing.
iv. Masalah kewangan Siam.

b. Syarat-syarat
i. Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
ii. Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.
iii. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan

c. Kesan:
i. NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.
ii. Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.
iii. Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.
iv. Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu.


Kesimpulan:

Inggeris berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada tahun 1914.

Tuesday, January 20, 2009

SISTEM BERAJA DI CHINA DAN JEPUN SATU PERBANDINGAN

1. Sistem pemerintahan yang diamalkan di China dan Jepun ialah sistem maharaja. Maharaja ialah individu yang paling berkuasa dan menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat.

2. Sistem ini berasaskan campuran system tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.

3. Maharaja dibantu oleh pembesar atau hulubalang. Di China system maharaja bermula sejak Dinasti Hsia.

4. Maharaja China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah kedatangan kuasa barat.

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di China

Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada tahun 2697 sm
PEMERINTAHAN BERCORAK DINASTI BERMULA SEMASA RAJA YU
Dinasti Hsia memulakan sistem pemerintahan berdasarkan keturunan
(2205-1755 sm)

1.Maharaja menduduki lapisan tertinggi dalam struktur social. Maharaja tinggal di ibu kota Peking dan memerintah kerajaan melalui kuasa mutlaknya.
2. Sistem maharaja di China sebelum campurtangan barat di pegang oleh Dinasti Manchu. Maharaja dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.
3. Kedudukan politik sesorang maharaja adalah melalui konsep “mandat dari syurga”.Konsep ini meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga.
4. Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh mendakwa maharaja.
5. Maharaja mesti memerintah dengan aman dan adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang kekacauan didalam negeri,ini menunjukkan kegagalan maharaja mengekalkan mandat dari syurga.Maka maharaja akan digantikan oleh pemerintah baru.

Gelaran Maharaja digunakan oleh Shih Huang Ti (221-220sm) iaitu Dinasti Chin.
Dinasti Chin diganti oleh beberapa dinasti seperti Han,Sui,Tang,Mongol,Ming dan Manchu sehingga 1912
Maharaja mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat
Maharaja dibantu oleh pembesar di pelbagai peringkat

Struktur pentadbiran

Kuasa autonomi diberikan oleh maharaja kepada pentadbir awam dan di wilayah-wilayah
Setiap wilayah dikuasai oleh seorang pentadbir awam,gabenor tentera dan pengawas

Mandat dari syurga

Kuasa dan kedudukan raja
Maharaja dianggap anak syurga
Diberi mandat untuk memerintah dunia.
Dianggap ditarik balik apabila pemerintahan maharaja menunjukkan tanda-tanda kelemahan seperti peperangan,bencana,perebutan takhta , persengketaan dll

Namun demikian sistem pemerintahan beraja di Jepun berbeza dengan sistem pemerintahan beraja di China.

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di Jepun.

1. Maharaja mengetuai system pemerintahan di Jepun. Maharaja merupakan pemerintah keduniaan dan kerohanian.
2. Pemerintahan Jepun bercorak ketenteraan apabila kuasa sebenar kerajaan dipegang oleh Shogun. Shogun Tokugawa memerintah Jepun dan memegang kuasa pemerintahan atas nama maharaja.

3. Maharaja dianggap sebagai ketua Negara tetapi kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasa pemerintahan.
4. Maharaja tinggal terpisah di Kyoto dan hanya dikelilingi oleh pegawai-pegawai istana atau Kuge. Shogun memegang kuasa sebenar dan memerintah “atas nama maharaja.” 5. Pada 1868 Maharaja Meiji menaiki takhta.Ini menandakan kejatuhan Shogun Tokugawa.

Sistem pemerintahan beraja di Jepun

Maharaja merupakan pemerintahan keduniaan dan kerohanian
Maharaja diasingkan,terpencil dan terpisah di Kyoto.
Baginda tinggal bersama-sama dengan kuge atau pegawai-pegawai istana
Maharaja tidak berkuasa hanya boneka kepada golongan bangsawan

Golongan bangsawan berkuasa dan berpengaruh.
Mereka memonopoli jawatan tinggi dalam kerajaan
Golongan hulubalang ( shogun ) menjalankan pemerintahan.
Shogun tinggal di Yedo (Tokyo)mendirikan pusat pemerintahannya sendiri dan menjalankan pemerintahan atas nama maharaja

Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki tempat kedua selepas maharaja dalam hierarki masyarakat.
Pemerintahan secaara tidak langsung oleh shogun ialah melalui daimyo atau pembesar-pembesar feudal.

Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.

Pengenalan
Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak. Kedudukannya dianggap suci dan kudus dan sebelum kedatangan agama Islam dianggap sebagai devaraja atau anak tuhan. Dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah.Diperkukuhkan dengan unsure daulat dan beberapa keistimewaan tertentu. Selepas Perjanjian pangkor 1874 kuasa dan peranan sultan mula berubah akibat sistem residen.
Hilang kuasa pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat.
Menjadi boneka kerana terpaksa meminta nasihat residen sebelum melaksanakan sesuatu perkara.
Hilang hak memungut cukai – sumber pendapatan terjejas digantikan dengan pencen yang nilainya lebih rendah
Hilang kuasa mutlak iaitu Majlis Sultan digantikan dengan Majlis Negeri. Sultan tidak berkuasa membuat keputusan yang akan ditentukan oleh residen
Hilang kuasa tentera.
Hilang kuasa atau hak menjatuhkan hukuman bunuh kerana British memperkenalkan system kehakiman British.
Perlantikan berdasarkan golongan yang tidak menentang pentadbiran British dan bukan mengikut system yang sedia ada seperti di Perak ( perlantikan Sultan Abdullah )
Kuasa semakin terjejas apabila NNMB ditubuhkan pada 1896. Ketua pentadbir NNMB ialah Residen General
Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) menjejaskan lagi kedudukan dan kuasa sultan kerana kuasa berpusat di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Sultan hanya ahli biasa dan tidak boleh membantah atau membatalkan usul MMP.
Penubuhan Malan Union (MU) 1946 meruntuhkan system beraja. Gabenor menjadi pengerusi majlis Agama islam bagi negeri-negeri Melayu. Hilang hak sebagai ketua agama Islam
Kesimpulan
Kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam perlembagaan Persekutuan Tanah melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-raja. Dianggotai oleh tujuh raja-raja melayu dan dipengerusikan oleh seorang raja. Perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara berkaitan perhubungan, migrasi dan perlantikan pegawai kanan kerajaan.

Friday, February 15, 2008

Nota untuk Isnin 18/2/2008 :Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

  • PENDAHULUAN

  • -Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang
  • -Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

    ISI-ISI

  • -Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu.
  • -Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.
  • -Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.
  • -Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.
  • -Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
  • -Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.
  • -Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.
  • -Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat
    Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn
    Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham
  • –ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.
  • -1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
  • -Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
  • -Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.
  • -Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
  • -Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
  • -British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

  • KESIMPULAN
  • -Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.
  • -Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

  •