CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Wednesday, October 14, 2009

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA KITA SEBAIK SAHAJA MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA 1957



Pendahuluan
- Tujuan utama dasar luar adalah untuk menjalin hubungan baik dengan Negara-negara luar bagi mempertahankan kemerdekaan, membentuk keamanan dan kemakmuran dalam Negara.
- Dalam tempoh 1957-1970, banyak dipengaruhi oleh corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat, pro-Komanwel dan Anti-Komunis.
- Umumnya dibahagikan kepada dua iaitu pro-Barat (1957-1963) dan peralihan dasar (1964-1970)

Isi
1.0 Persekitaran geografi/geostrategik
- Kedudukan Tanah Melayu di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik merupakan laluan perdagangan utama bagi rantau Asia Tenggara.
- Keutamaan diberi kepada dasar yang menentukan Asia Tenggara sebagai satu kawasan aman, bebas dab berkecuali.

2.0 Sistem Ekonomi
- Semasa kemerdekaan, Tanah Melayu mewarisi satu sistem ekonomi yang menjadikan getah minyak, kelapa sawit dan bijih timah sebagai sumber eksport yang utama.
- Kebergantungan kepada Barat menyebabkan Tanah Melayu memerlukan bantuan terutama Britain dan Amerika Syarikat untuk memasarkan getah dan bijih timah.

3.0 Faktor Sejarah
- Sejak dulu Tanah Melayu telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam.
- Tambahan pula majoriti rakyat adalah orang Melayu yang beragama Islam.
- Malaysia telah menjalinkan hubungan rapat dengan Negara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
- Malaysia turut menjalin hubungan dengan Negara-negara Islam (OIC) kerana dipengaruhi oleh sejarah perkembangan Islam.

4.0 Sistem Politik
- Sebagai Negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia amat mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat.
- Prinsip-prinsip kekebasan manusia dan keamanan serta menentang sebarang bentuk penjajahan dan penindasan.



5.0 Kepimpinan
- Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat yang mengamalkan dasar anti-komunis untuk mendapat bantuan menentang komunis.
- Hubungan dengan Britain tetap diteruskan meskipun selepas kemerdekaan dan perjanjian pertahanan dengan Britain ditandatangani pada Oktober 1957.
- Tunku bersikap pro-barat dan hanya mengadakan hubungan dengan Negara-negara bukan komunis seperti Britain, Amerika Syarikat, Indonesia, Australia, Thailand, India dan Filipina.

6.0 Keselamatan
- Dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua Negara diperlukan.
- Malaysia perlu mengelakkan sebarang ancaman dari Negara-negara luar sebagai contoh ancaman dadah dan kekacauan politik serantau.

7.0 Demografik/Penduduk
- Dasar luar yang mementingkan dua prinsip utama iaitu perpaduan di antara manusia serta penghormatan hak asasi manusia diperlukan kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum.
- Sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi yang jauh menyimpang dari hak asasi ditentang sebagai contoh Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.

8.0 Institusi Antarabangsa
- Malaysia mementingkan kerjasama dan perpaduan antarabangsa sentiasa menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menegakkan keamanan dan kemakmuran seluruh dunia.
- Malaysia telah menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, UNCTAD, WHO, ASEAN, Komanwel dan OIC.

Kesimpulan
- Dasar luar yang diamalkan adalah mengikut senario dan perkembangan politik Negara yang baru merdeka daripada jajahan British sehingga pernah menjadi tuan rumah persidangan serantau dan antarabangsa..
- Secara keseluruhannya dasar luar Malaysia telah menempuh pelbagai peringkat perkembangan yang didorong oleh perubahan daripada segi persekitaran, social, ekonomi, politik dan keselamatan semasa

0 comments: