CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Wednesday, October 14, 2009

BINCANGKAN PERANAN DAN KEPENTINGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ASIA TENGGARA (ASA), KOMANWEL DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) SEJAK TAHUN 1957



A. PENGENALAN



- Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 daripada British.
- Kemerdekaan membolehkan menganggotai mana-mana pertubuhan serantau dan juga antarabangsa.
- Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961, PBB dan Komanwel pada 17 Sep 1957.
- Malaysia berperanan penting dalam semua aktiviti yang dilaksanakan dan memperoleh banyak manfaat melalui bantuan yg disalurkan utk pembangunan Malaysia.



B. ISI-ISI PENTING
a. Peranan Malaysia

- Peranan Malaysia dalam Komanwel ialah:
i. Membangkitkan isu-isu ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
ii. Membantu membangunkan sosioekonomi Negara anggota dan berkerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam bidang pertahanan, perusahaan, pertanian, pendidikan dan perdagangan. Contohnya berkerjsama dengan tentera komanwel membebaskan Negara daripada ancaman komunis.
iii. Malaysia membangkitkan isu kemanusiaan terutama isu hak asasi manusia dan mengecam amalan Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum, membezakan penduduk berdasarkan warna kulit. Contohnya orang kulit putih enggan memberi hak politik dan social kepada orang kulit hitam.

- Peranan Malaysia dalam ASA :
i. Merupakan pertubuhan serantau yang pertama di anggotai oleh Malaysia sejak merdeka yang bukan merupakan pertubuhan politik hanya cenderung dalm bidang ekonomi dan sosial supaya fahaman komunis dapat dibendung.
ii. Peranan utama Malaysia adalah memupuk kerjasama dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan dan kebudayaan.
iii. Dalam bidang pendidikan Malaysia berperanan meningkatkan pengajian di kalangan anggota melalui pertukaran tenaga pengajar antara universiti . Contohnya pada 1963 tenaga pengajar Universiti Malaya bertukar dengan tenaga pengajar Universiti Filipina.
iv. Dalam bidang kebudayaan serantau, Malaysia telah menyertai rombongan kebudayaan antara tiga buah Negara melalui pertunjukan kebudayaan antara Negara anggota iaitu Filipina, Malaysia dan Thailand.

- Peranan Malaysia dalam PBB :
i. Malaysia terlibat aktif dalam aspek keamanan sejagat. Contohnya pada 1959, Malaysia bersama Negara Ireland telah mengemukakan usul di PBB untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat China yang telah menakluk Tibet.
ii. Pada Oktober 1961, pasukan tentera Malaysia telah dihantar untuk menyertai pasukan pendamai PBB ke Congo bagi menamatkan Perang Saudara di Negara tersebut. Malaysia telah membelanjakan wang sebanyak RM30 juta sebulan untuk membantu misi PBB menyelesaikan perang tersebut di Congo.
iii. Malaysia turut memberikan sumbangan besar membebaskan Rhodesia yang dikenali sebagai Zimbabwe di Afrika daripada belenggu penjajahan British



b. Kepentingan Malaysia
- Dalam Komanwel:
i. Pada peringkat awal kemerdekaan, Malaysia masih bergantung kepada Britain dari aspek pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Anglo – Malaya ( AMDA ) yang ditandatangani pada Oktober 1957.
ii. Malaysia telah mendapat kepentingan semasa menghadapi Konfrontasi di mana Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan untuk mengawasi kawasan periairan Sabah dan Sarawak daripada pencerobohan Indonesia.
iii. Semasa darurat, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari Negara komanwel seperti Fiji dan Nepal untuk menentang pengganas komunis.
iv. Pada tahun 1950, Malaysia mendapat banyak bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi. Contoh sebanyak 1500 biasiswa dihulurkan oleh Australia kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

- Dalam ASA :
i. Bidang pendidikan – Malaysia mendapat kepentingan tenaga mahir melalui program pertukaran tenaga pengajar dengan Universiti Filipina.
ii. Bidang ekonomi – Malaysia telah mendapat kepentingan dari segi pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran dalam bidang ekonomi dan keuntungan dalam sektor pelancongan.
iii. Bidang kebudayaan - kepentingan yang diperoleh melalui penyertaan rombongan kebudayaan yang dianjurkan antara Negara anggota iaitu Malaysia, Filipina dan Thailand.


- Dalam PBB :
i. Malaysia telah mendapat bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan Rancangan Felda, aktiviti pembangunan sosial dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Bank Dunia telah memberi bantuan pakar ekonomi bagi membantu masalah ekonomi di Malaysia.
ii. Semasa proses pembentukan Gagasan Malaysia, kepentingan yang diperoleh ialah apabila PBB telah membentuk satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore yang bertujuan untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan ke dalam Gagasan Malaysia setelah mendapat bantahan dari Negara Indonesia dan Filipina walaupun hasil kajian lewat kerana timbul beberapa kerumitan dalam menjalankan tinjauan tersebut.
iii. Melalui penyertaan dalam PBB , Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat daripada semua negara di dunia.
iv. Sebagai Negara ahli PBB, Malaysia turut memdapat kepentingan melalui Majlis Ekonomi dan Sosial PBB seperti UNESCO, WHO, FAO, dan ILO. Contohnya WHO telah memberi bantuan dalam bidang kesihatan dengan menghantar pakar-pakar perubatan serta pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. Buktinya WHO telah menunjukkan kejayaan menghapuskan penyakit malaria dan taun di Malaysia.

C. KESIMPULAN

- Malaysia telah menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa telah berjaya memainkan peranannya secara berkesan dan sistematik.
- Sememangnya Malaysia telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan serantau dan antarabangsa secara berkesan.
- Malaysia turut mendapat kepentingan untuk membangunkan ekonomi, dan menstabilkan pertahanan Negara dengan bantuan pertubuhan dunia dan serantau yang Malaysia sertai.
- Sistem pendidikan turut berkembang dengan kehadiran tenaga pengajar dari Negara-negara yang lebih maju.

1 comments:

Hafizi said...

ermm...brpa kli m'sia jdi Pgrusi psdgn Pbb?? thun n di mana... please///......