CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, August 16, 2009

Faktor-faktor imperialisme Barat di negara-negara Asia Tenggara



Abad ke – 19 merupakan zaman imperialisme Barat.Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran.Penciptaan mesin memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu.

Dari segi politik, Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan bangsa lain.Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka.
Semakin banyak tanah-tanah jajahan, semakin tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-kuasa lain.Keadaan ini telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia

Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.Dasar British yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar

Dari segi kebudayaan dan Peradaban, Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain.Inilah yang disebut oleh orang British sebagai “white man’s burden”.Selain itu, campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk pribumi di Asia Tenggara



Peta minda menunjukkan faktor perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Dari segi perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan , Perkembangan sistem pengankutan dan perhubungan menambahkan lagi Minat kuasa-kuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara.Perkembangan sistem perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap – perjalanan laut menjadi lebih cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah.



Gambar menunjukkan pembinaan terusan suez sedang dijalankan

Pembukaan Terusan Suez 1869 juga telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia Tenggara. Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan.Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejen-ejennya di kawasan Asia Tenggara.



peta menunjukkan perluasan empayar british sejak 1492

Jelas kepada kita bahawa banyak fakror yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Twenggara.Kesan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian dan kepentingan ekonomi telah mendorong campur tangan Barat di Asia Tenggara.Namun, kepentingan politik, kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga penting.