CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, April 5, 2009

MEIJI RESTORATION BAHAGIAN 1




Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun iaitu dari 1868 hingga 1912 itu merupakan satu era yang penting dalam sejarah Jepun . ia juga dikenali sebagai pemulihan Meiji di mana bermulanya pemodenan –pemodenan baru yang dilakukan setelah Jepun mengamalkan dasar tutup pintunya selama hampir 200 tahun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa . Pemerintah Shogun Tokugawa yang lapuk dan lama itu telah menimbulkan rasa rpuas hati pelbagai golongan masyarakat feudal terutamanya samurai dan petani . Di samping itu , yang diamalkan oleh Tokugawa yang memencilkan Jepun dari dunia luar itu juga menimbulkan keghairahan dan keinginan yang amat dalam sanubari kuasa barat. Oleh itu, tekanan-tekanan telah dilaksanakan oleh kuasa barat terhadap Jepun . Kedatangan Komander Matthew Perry dengan ‘black ships’ di Uraga pada 1853 yang ingin memasuki ke Jepun dan keputusan yang terpaksa dibuat oleh Shogun untuk membenarkan kemasukan dunia luar ke Jepun setelah 2 dekad Jepun mengamalkan dasar isolasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat . Perjanjian yang ditandatangani dengan pihak Amerika itu membenarkan Amerika membuka pelabuhan di Shimoda dan Hakodate.Akhirnya pemerintahan Shogun Tokugawa ini telah dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin samurai dari kawasan-kawasan penguasaan feudal suku kaum Satsuma, Choshu , Tosa , hizen . Antara mereka termasuklah Okubo, Saigo, Matsukata, masayoshi dan Kuroda dari Satsuma . Kido , Ito, Yamagata, Irone , Aritomo dan Katsura dari Choshu . Okuma dari Hizen , Itagaki Taisuke dari Toza.
Maka bermula pada 23 Oktober 1868, dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepun telah bermula dengan pemerintahan Meiji. Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji bertujuan untuk mengembalikan maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi
Namun bermulanya zaman pemulihan Meiji ini, kepimpinan kerajaan baru telah didominasi oleh samurai muda dari suku kaum Satsuna dan Choshu atau Oligarki Satsuma-Cho yang bertugas sebagai penasihat Meiji. Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa imperialis barat yang merupakan ancaman utama kepada kedaulatan Jepun kecuali menjadikan Jepun sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Maka lahirlah tujuan utama kerajaan mereka iaitu ‘ Eukoku Kyohei ’ ( sebuah negara yang kaya dan dengan kuasa ketenteraan yang kuat )

Langkah Ke Arah Modenisasi Jepun :

1) Hubungan Luar
Jepun mula mengadakan hubungan secara rasmi dengan dunia luar pada Mac 1868 atas nasihat daripada samurai-samurai muda yang menyedari akan kepentingan mengubah dasar luar Jepun yang lama itu. Jepun telah mendapat satu pengajaran bahawa negeri Jepun tidak mampu menentang kuasa-kuasa barat seperti yang berlaku ke atas kagoshima dan selat shimonoseki bila diserang oleh tentera barat. Maka Jepun harus belajar dari barat dalam pelbagai bidang tentera dan ekonomi.
2) Sistem Pentadbiran Yang Licin Dan Cekap
Dalam usaha mencapai pemodenan, Jepun harus mempunyai satu sistem pentadbiran yang baik. Maka satu piagam telah digariskan untuk dijadikan panduan kepada pegawai untuk menjalan tugas.
Piagam ynag mempunyai lima perkara penting itu telah ditandatangani pada 6 April oleh Maharaja Meiji. Antara lima perkara tersebut ialah:
i) Dewan-dewan perbahasan akan ditubuhkan dalam semua undang-undang haruslah ditentukan oleh pendapat ramai.
ii) Semua pegawai kerajaan mesti sepakat dalam melaksanakan dasar kerajaan.
iii) Semua rakyat mesti debenarkan mengembangkan bakatnya dan menggunakan hak-haknya untuk memenuhi aspirasinya.
iv) Segala adat lama yang tidak berfaedah adalah dihapuskan.
v) Jepun hendaklah mengambil semua penegetahuan dan kemahiran dari dunia luar untuk menjadiakn Jepun negara yang moden dan kuat.

Pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo merupakan tanda-tanda negara Jepun menerima perubahan. Maharaja Meiji yang muda telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto dan membuat perjalanan secara besar-besaran ke Edo sejauh empat batu. Pada bulan Disember 1868, Edo telah ditukar kepada Tokyo yang bermaksud Ibu Kota Timur. Pemilihan Tokyo sebagai ibukota baru kerana ia dianggap sangat sesuai menjadi pusat pentadbiran bagi seluruh negara.
Langkah seterusnya ialah penghapusan sistem feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo, Okurua dan Itagaki telah menyedari tentang kepentingan pemusatan kerajaan. Mereka telah mempengaruhi golongan Dainyo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Toza dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela kepada Maharaja. Pada 3 Mac 1869, satu memorandum bersama yang meletakan tanah-tanah mereka di bawah penguasaan Maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869, daimyo-daimyo lain diperintahkan oleh kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa tanah mereka kepada kerajaan. Pada 29 Ogos 1871, Maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal telah dibubarkan. Seluruh Jepun dibahagikan kepada 45 daerah atau ken yang ditadbir oleh pegawai kerajaan pusat. Dengan ini maka berakhirlah daimyo-daimyo sebagai pembesar feudal. Mereka ini kemudiannya diberi pembayaran dalam bentuk bon-bon kerajaan atau bayaran beras atas persaraan mereka. Golongan samurai yang tidak mendapat jawatan dalam jabatan-jabatan kerajaan telah mngalihkan tumpuan mereka terhadap perniagaan di mana wang persaraaan yang diterima itu telah dijadikan modal untuk mereka berniaga.

3) Perlembagaan

Dua dewan telah dibentuk sebagai percubaan dlam tahun 1868. Namun, percubaan dua dewan ini mneghadapi kegagalan ekoran daripada berlakunya perbezaan idea-idea dasar antara ahli-ahli. Misalnya Eto Shimpai dan Saigu Takamuri yang mendesak agar serangan ke atas Korea dilakukan tetapi desakan ini telah ditolak oleh maharaja sendiri. Akibatnya, mereka dan pengikut-pengikutnya telah meletakkan jawatan.
Walaubagaimanapun, pembentukan sebuah parlimen atau Diet ini dirasakan perlu oleh beberapa tokoh politik kerana ia dapat memenuhi kehendak rakyat. Ekoran itu, Itagaki Taisuka ( suku kaum Toza ) telah mendesak Maharaja supaya membentuk Diet. Pada 1881, Maharaja telah bersetuju akan membentuk sebuah Diet.
Beberapa parti politik telah muncul untuk mempercepatkan pembentukan Diet. Pada tahun 1881, parti politik yang pertama iaitu Parti Liberal ( Jiyuto ) telah ditubuhkan oleh Itagaki Aisuka. Setahun kemudian, Parti Progresif ( Kaishinto ) pula ditubuhkan oleh Okuma Shigenobu yang berasal dari Hizen. Kebanyakan ahli parti Liberal terdiri daripada pemilik-pemilik tanah manakala ahli-ahli Perti Progresif pula kebanyakannys terdiri daripada golongan pedagang. Kedua-dua parti ini merupakan parti politik yang sangat poluar dan dapat mempengaruhi politik negeri Jepun. Parti Imperialis ( Rikken Teisei ) telah ditubuhkan pada 1882 bagi menentang kedua-dua parti di atas. Parti ini mendapat sokongan dari kerajaan.
Pertentangan antara parti ini telah membawa kepada suasana yang genting dan membimbangkan di mana Itagaki Taisuke telah mati dibunuh. Ini telah menyebabkan Maharaja bertindak mengharamkan parti-parti itu. Akibatnya pada Oktober 1884, Parti Liberal dibubarkan dan ini diikuti oleh parti-parti yang lain.
Ito Hirobun yang merupakan samurai dari suku kaum Choshhu memainkan peranan penting dalam membentuk perlembagaan yang moden. Beliau telah dihantar ke Eropah iaitu berlin dan Vienna untuk mengkaji sistem kerajaan dan bentuk perlembagaan yang terdapat di negara-negara Eropah. Beliau sangat tertarik dengan sietem kerajaan Jerman.
Pada 1885, Majlis Penasihat Raja ( Privy Council ) telah dibentuk dan dipengerusikan oleh Ito. Majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada Maharaja dan ia terdiri daripada golongan bangsawan dan pembesar-pembesar istana yang mempunyai hubungan rapat dengan Maharaja. Pada 1889, satu susunan perlembagaan telah dapat disiapkan dan ia telah diserahkan kepada Maharaja. Pada 11 Februari 1889, perlembagaan yang dinamakan Undang-undang Dasar Baru telah disahkan bagi dipraktikan di Jepun. Perlembagaan tersebut memperuntukkan penubuhan dua buah dewan yang dipanggil Dewan Pertuanan dan Dewan perwakilan Rakyat. Anggota dalam Dewan Pertuanan terdiri daripada golongan bangsawan dan beberapa calon yang dipilih oleh rakyat. Maharaja mempunyai kuasa untuk membubarkan Diet sekiranya mendapati Diet tidak berfungsi dengan baik.

4) Pelajaran Dan Pendidikan

Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada awal 1871 dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pendidikan yang seragam di negara tersebut. Pada 1872, satu undang-undang telah diadakan di mana semua kanak-kanak yang berusia 6 tahun diwajipkan menerima pendidikan wajib selama 4 tahun. Menjelang 1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah rendah dengan lebih daripada 2 juta pelajar. Pada 1886, Mori Arinori ( Menteri Pelajaran 1885-1889 ) telah mengubal sistem pelajaran yang ada di mana sekolah rendah adalah selama 8 tahun sementara sekolah menengah pula selama 4 tahun.
Maharaja Meiji mengalakkan sistem pelajaran moden. Namun, mereka tidak secara bulat-bulat menerima sistem pendidikan barat. Matlamat dalam pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan negara, menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada ketua. Oleh tiu, penduduk Jepun mempunyai identitinya yang tersendiri.
Kita dapat lihat dalam sistem pelajaran pada masa itu sangat mementingkan matapelajaran sains dan teknik. Buku-buku yang bermutu dalam bidang-bidang tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Jepun. Di samping itu, ramai tenaga pengajar dan golongan profesional dan ahli akademik luar telah diambil dari Britain dan Amerika Syarikat. Antara Professor yang terkenal ialah E.S. Morse dari Harvard pada 1877 dan Ernest Fenoliosa dari Boston pada 1878.
Kerajaan Jepun telah menghantar ramai pelajar ke Eropah untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dlam 1871, terdapat kira-kira 54 pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek angkatan laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan dan yang ke Amerika pula mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi.
Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negeri telah ditubuhkan kemudiannya ekoran daripada kesedaran bahawa Jepun tidak boleh bergantung hanya kepada pusat pengajian barat. Oleh itu, pada tahun1877, universiti yang pertama dan terkenal iaitu Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan. Menjelang 1910, beberapa buah universiti diraja lain telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Selain sistem pelajaran negera, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan unievrsiti-universiti swasta juga telah ditubuhkan. Dua univeristi persendirian yang terkemuka iaitu Universiti Keio ( diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi dalam tahun 1858 ) dan Waseda (diasaskan oleh Okoma dalam tahun 1882 )

0 comments: