CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, April 5, 2009

MEIJI RESTORATION BAHAGIAN 2



5)Ekonomi

Salah satu langkah penting dalam memodenkam Jepun ialah menjalankan proses modenisasi dalam bidang ekonomi. Oligarki Meiji yakin bahawa sebuah ekonomi moden yang berasaskan industri kapitalisme merupakan kunci utama keselamatan dan keagungan nasionalisme
Pertanian
Proses memodenkan ekonomi ditumpukan kepada usaha membangunkan sektor pertanian yang merupakan pekerjaan paling penting bagi majoriti penduduk Jepun. Sektor pertanian telah menghasilkan 80% daripada jumlah hasil pendapatan dalam negeri ( cukai ) dalam tahun 1870 an dan 1880 an. Pada hakikatnya sektor pertanian ini bertujuan memikul beban sektor industri Jepun kerana pada 1873, perubahan dalam sistem cukai tanah telah dilaksanakan di mana sebelum itu cukai tanah dipungut dalam bentuk beras dan jumlah yang dikutip oleh tuan-tuan feudal adalah berbeza. Oleh itu, di bawah sistem baru ini, cara pembayaran cukai dalam bentuk wang tunai dan kadar pencukaiannya adalah berdasarkan nilai tanah. Purata kaum tani hanya membayar 3% dari nilai tanah mereka sebagai cukai.
Selain itu, langkah baru untuk meningkatkan daya pengeluaran petani-petani telah diambil di mana penuntut-penuntut dari bidang pertanian yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri telah diambil untuk berkhidmat dengan kerajaan. Jenis-jenis benih baru yang diimport, baja kimia yang intensif telah digunakan. Sistem pengairan dan saluran telah diperbaiki dan banyak kawasan-kawasan pertanian baru telah dibuka di beberapa kawasan seperti Hokkaido. Di samping itu, tanaman dagangan atau komersil seperti teh dan sutera juga digalakkan. Para peneroka baru terutamanya samurai telah diberi banyak insentif untuk menceburi bidang pertanian.




Perindustrian
Sejak tahun 1870 perkembangan perusahaan di Jepun adalah mengikut corak yang terdapat di negara-negara barat. Pada bulan Disember 1870, Kementerian Perusahaan telah ditubuhkan dan Ito Hirobumi dilantik sebagai pemangku Menteri Perusahaan. Pada 1873, beliau telah menjadi Menteri Perusahaan sehingga 1878. Kementerian ini bertanggungjawab sebagai agen penyelarasan dalam memperkenalkan perindustrian. Ia menguasai perusahaan perlombongan dan perkilangan serta menyelenggarakan sistem perhubungan dan pengangkutan serta mengalakkan penyebaran pendidikan teknik.
Di antara bidang perindustrian yang awal dimajukan ialah tekstil, kaca, kertas dan simen serta perkakas elektrik. Menjelang 1900, Jepun merupakan pengeluar utama sutera mentah di dunia iaitu kira-kira 75%. Selain sutera, Jepun berjaya mengeksport kain kapas ke luar negara menjelang 1897. Oji Paper Company pula merupakan kilang kertas yang terbesar di dunia. Syarikat baragan elektrik yang terkenal iaituToshiba lahir pada zaman Meiji.
Keseluruhannya mereka yang berasal darri golongan samurai ini menhjadi penggerak perkembangan perusahaan Jepun. Beberapa buah syarikat besar seperti Mitsui yang diasaskan oleh Minomura Rizaenon telah muncul. Kemudian muncul pula Mitsubishi yang diasaskan oleh bekas samurai iaitu Iwasaki Yataro yang lebih menumpukan kepada perkapalan. Syarikat Yasuda yang diasaskan oleh Yasuda Zenjiro lebih menumpu kepada perusahaan tembaga. Syarikat-syarikat tersebut telah bersatu dengan kumpulan-kumpulan lain menjadi satu keluarga perdagangan yang besar untuk menguasai ekonomi. Gabungan ini dikenali sebagai Zaibatsu. Ia merupakan pengasas kepada kemajuan ekonomi Jepun moden dan kemudian mempunyai pengaruh yang besar dalam pergolakkan politik Jepun.

Perkapalan
Sejak zaman Tokugawa lagi, perusahaan perkapalan telah wujud. Misalnya beberapa buah limbungan kapal telah dibina di Nagasaki ( 1857 ) dan Yokosuka ( 1865 ). Sebelum1860, Jepun membina kapal Kanrin Maru yang digunakan untuk membawa perwakilan Jepun ke Amerika. Kemudian, limbungan ke Kobe telah dibina.
Langkah Jepun memajukan perusahaan perkapalan adalah sebagai asas persediaan untuk mendapatkan kapal-kapal perdagangan atau kapal-kapal angkatan laut. Dlam tahun 1883, limbungan Nagasaki telah berjaya membina 10 buah kapal perdagangan dan limbungan Kobe pula sebanyak 23 buah.

Perlombongan
Biro Perlombongan telah ditubuhkan bagi memastikan perusahaan perlombongan berjalan lancar. Kira-kira 34 pekerja asing telah diambil oleh Biro ini bagi membantu dan melatih pekerja-pekerja Jepun. Dengan ini, lombong-lombong yang moden terdapat di Jepun. Dalam perusahaan perlombongan, pihak swasta memainkan peranan misalnya dalam tahun 1881, kira-kira 99% pengeluaran arang batu, 94% besi dan 77% tembaga adalah dikeluarkan oleh pihak swasta.



Dasar-dasar Kewangan dan Fiskal
Semua langkah pemodenan memerlukan suatu sitem kewangan yang kukuh dan licin. Demi memudahkan urusan perdagangan dan perusahaan, kerajaan Meiji telah memungut balik berbagai-bagai wang kertas dan wang syiling yang berbeza dan beraneka bentuk yang dikeluarkan oleh KeshogunanTokugawa itu. Sistem mata wang yen yang standard telah dikeluarkan pada 1871.
Pada tahun 1872, kerajaan telah mengarahkan supaya bank-bank ditubuhkan. Dalam tahun tersebut, Bank Mitsui-Ono ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1873, First National Bank yang dianggap sebagai cabaran kepada pihak Mitsui ditubuhkan.
Perkembangan bank-bank terus berlaku dalam tahun 1880an. Pada tahun 1882, Bank Pusat yang ditubuhkan. Ini diikuti oleh Bank Yokohama Speciic yang menjadi bank asing utama pada 1887. Pada tahun 1896, kerajaan telah menubuhkan Bank Hypothec sebagai badan pusat bank-bank pertanian dan perindustrian di 47 wilayah di Jepun. Ini telah diikuti oleh penubuhan Bank Perindustrian Jepun dalam tahun 1900 untuk membiayai projek-projek perindustrian secara besar-besaran. Menjelang 1882, terdapat 143 buah bank kerajaan dan separa kerajaan telah ditubuhkan.


Ketenteraan
Pemodenan dalam angkatan ketenteraan diberi perhatian yang serius oleh Jepun dari kesedaran tentang keunggulan kuasa-kuasa barat terutamanya dari segi organisasi tentera dan senjata. Ole sebab itu, untuk menandingi bangsa barat, negara Jepun harus mempunyai senjata dan tentera yang moden.
Modenisasi angkatan tentera bermula dalam tahun 1870an. Dalam tahun 1872, Yamagata Aritomo dari Choshu telah mengemukakan suatu usul yang menyokong kuat tindakan kerajaan Meiji melakukan polisi kerahan tentera dan polisi memodenkan angkatan tentera darat dan laut Jepun. Pada bulan Disember 1872, seperti negara-negara barat, Jepun telah mengadakan undang-undang kerahan tentera kepada pemuda-pemuda yang berusia 20 tahun. Tentera Kebangsaan Jepun telah dibentuk pada tahun 1873 di mana anggotanya diambil dari segenap lapisan masyarakat. Pada tahun 1878, Yamagata Aritomo telah menyusun semula pentadbiran angkatan tentera ala Jerman. Pada tahu yang sama, diadakan semangat ketenteraan yang bertujuan menanamkan semangat keperwiraan, taat setia dan mengikut perintah.
Angkatan Tentera Laut Jepun juga telah mengalami perkembangan dan modenisasi yang pesat. Kementerian Angkatan Laut telah ditubuhkan pada 1872. Menjelang tahun tersebut, Jepun mempunyai 17 buah kapal tentera laut ( armada ) yang beratnya berjumlah 14000 tan. Kemudian dalam tempoh tahun iaitu dari tahun 1875, 2 buah kapal api telah dibina. Pada tahun 1876 pula, 3 buah kapal besar dibeli dari Britain.
Menjelang taun 1874 pula, kerajaan Meiji mempunyai 28 buah kapal moden dengan jumlah isipadu 57000 tan serta 24 buah anak-anak kapal perang dan torpedo.
Proses modenisasi angkatan tentera telah menelan perbelanjaan yang besar dan membebankan. Hampir 1/3 belanjawan negara adalah untuk perbelanjaan ketenteraan. Dari sini, dapat kita lihat betapa kerajaan Meiji mementingkan kewujudan suatu angkatan tentera yang moden dan berkuasa.
Menjelang 1880an, Jepun telah berupaya mempertahankan diri dari ancaman asing. Di samping itu, Jepun juga bersiap-sedia untuk melancarkan satu kempen ketenteraan di Asia Timur.

0 comments: