CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, April 5, 2009

Faktor-faktor Kejayaan Pemodenan Jepun



Faktor-faktor Kejayaan Pemodenan Jepun

1) Politik
Pemimpin-pemimpin Oligarki Meiji telah menyumbang kepada kejayan pemodenan Jepun. Oligarki Meiiji berkuas penuh dan terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda iaitu bangsawan-bangsawan luar ( Daimyo Tozama ) dari puak-puak Tozama, Chushu, Toza dan Hizen. Mereka telah melancarkan pemodenan dengan kebenaran daripada Maharaja Meiji. Semangat kebangsaan yang kuat tertanam dalam sanubari golongan ini. Perasaan taat setia dan cintakan tanahair yang sangat unggul telah menjadi contoh kepada rakayat jelata.



Pemimpin-pemimpin mempunyai kesedaran dan semangat yang tinggi utnuk memodenkan Jepun melalui penggunaan pengetahuan dan teknologi barat. Kejayaan Meiji dan pemimpin membentuk satu masyarakat yang terpelajar melalui sistem pelajaran dan pendidikan yang moden telah membolehkan kepimpinan yang berkesan di Jepun. Mereka ini dapat menjadi pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersifat bangga berkhidmat untuk maharaja, negara dan bangsa.
Disamping itu, Jepun mngamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan melalui dewan rakyat dan Dewan Penasihat Diraja, rakyat diberi peluang untuk bersama-sama berbincang, memberi idea dan menjalankan usaha pembangunan negara.

2) Ekonomi

Kejayaan Jepun menyemak semula perjanjian-perjanjian dengan barat yang sangat menyekat perkembangan perusahaan Jepun. Pada tahun 1871,Iwamura telah mengetuai satu rombongan ke barat. Setelah mengadakan tolak ansur dengan negara-negara barat, satu perlembagaan baru telah dibuat dan berikutnya pada tahun 1894, syarat-syarta tentang hak dan wilayah lebihan telah diubah.



Pada tahun 1911, Jepun mula mempunyai sistem tarifnya sendiri. Dengan ini, Jepun dapat melaksanakan dasar perlindungan barangan kilang Jepun supaya dapat bersaing dengan barangan import.

Kejayaan Jepun memodenkan perusahaan tradisional melalui pelbagai usaha seperti memberi bantuan, kemudahan-kemudahan bank, cukai-cukai yang sederhana telah dilancarkan.

Dalam bidang pertanian pula, sistem komunikasi dan kemudahan pengairan telah diperbaiki. Pengenalan kepada biji benih yang baik, cara penanaman yang lebih canggih serta penggunaan baja kimia yang intensif telah mendorong kepada kejayaan dalam bidang ini.



3)Sosial

Penghapusan sistem feudal dan kejayaan membentuk satu masyarakat moden. Penghapusan sistem feudal pada tahun 1871 ini memudahkan kerajaan pusat menyelaraskan dasarnya, menjalankan pemerintahan yang seragam di seluruh Jepun. Kerelaan Daimyo menyerahkan tanah dan kuasa kepada kerajaan pusat mengukuhkan kekuasaan kerajaan Meiji untuk menjalankan pemodenan tanpa sekatan dan halangan.

4)Faktor Luar

Tekanan kuasa barat yang berlaku pada abad ke 19 tidak dapat dihalang oleh mana-mana negara termasuk Jepun. Oleh itu, untuk keselamatan, Jepun tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengamalkan dasar buka pintu dan berusaha untuk memodenkan negara supaya setanding dengan barat.



Perjanjia Shimonoseki ( 17 April 1895 ) yang terjadi selepas perang ( 1894-1895 ) itu telah menguntungkan Jepun. Dengan wang gantirugi sebanyak 200 juta tael telah membolehkan Jepun menggunakan wang ini sebagai modal untuk menubuhkan Bank Nasional Jepun dan membantu penubuhan kilang besi Yamata pada tahun 1897. Di samping itu, penyerahan Formosa dan Pescadores juga menguntungkan Jepun dari segi ekonomi.
Persetian Inggeris-Jepun tahun 1902 juga telah menjamin keselamatan Jepun daripada ancaman luar. Persetiaan ini juga menjamin kebebasan Jepun bertindak di Korea serta menghalang mana-mana kuasa asing daripada campurtangan di Korea. Ini mengalakkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jepun kerana peningkatan kegiatan Jepun di Korea.

Perang Russia-Jepun 1904-1905 juga telah memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Jepun di mana industri berat seperti besi, keluli dan alat kelengkapan perang yang sangat diperlukan oleh tentera Jepun telah berkembang di Jepun.

Kesimpulan:

Pemodenan di zaman Meiji mencakupi pelbagai bidang. Usaha-usaha yang dilakukan menampakkan kejayaan pada masa yang singkat.
Menjelang 1894, Jepun telah berjaya menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Ini menyebabkan Jepun berjaya mencapai kedudukan yang setaraf dengan negara-negara yang maju.
Oleh itu, zaman Meiji telah berjaya menampilkan Jepun sebagai sebuah negara yang diidamkan-idamkan oleh pemimpin mereka –‘Eukoku Kyohei’

0 comments: