CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Sukosensei Blog. Laman blog ini khusus untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM Kertas 2 atau 940/2. Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini.
STPM SEMAKIN HAMPIR ULANGKAJI DAN FOKUS KEPADA NOTA RINGKAS 'SPOT QUESTION' NEXT WEEK .GAMBATTE KU DASAI
sukosensei

Anda juga boleh meneroka , menjelajah dan memperolehi maklumat dari laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com

STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Monday, January 28, 2008

JAWAPAN TAJUK PERBINCANGAN KUMPULAN 4 (28.1.2008)

  • Taniah kepada kumpulan 4 terdiri daripada Suresh,Ali,Azri dan Zarif kerana telah berjaya membentangkan tajuk persoalan yang diberikan. Di bawah ialah contoh jawapan dan skima permarkahan sebagai rujukan semua pelajar. Cara pembelajaran pelajar STPM atau PRA Universiti adalah berbeza pada tahap SPM. Anda perlu banyak membaca dan membuat peta minda daripada isi yang diberikan untuk memudahkan menghurai dan memperkembangkan isi sebagai satu jawapan yang matang.

  • Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

  • Pendahuluan

  • Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British
    ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir musnah semasa pendudukan Jepun.Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.

  • ISI

  • SABAH

  • tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

  • tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.
    penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran.

  • kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.
    pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan.Antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.

  • SARAWAK

  • wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.Penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British.Persatuan Melayu Sarawak pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah.PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara.

  • kegiatan Rukun 13 lumpuh PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. Pada 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri. PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951.

  • KESIMPULAN

  • Penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah
    mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak BERJAYA sekurang-kurang berjaya menimbulkan rasa gerun di hati pentadbir British supaya berhati-hati dalam tindakan mereka. Bagi penduduk Sarawak pula walaupun kecil bilangan yang terlibat sudah cukup bermakna menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik dan sedar akan erti kemerdekaan.

    Tugasan Seterusnya adalah kumpulan 1 pada 1 Febuari 2008.

  • Thursday, January 24, 2008

    KULIAH 6 : ISNIN 28/1/2008

    Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

    PENDAHULUAN

    Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.

    British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.

    Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.

    PERBINCANGAN OLEH KUMPULAN 4 YANG DIKETUAI OLEH ALI , SURESH , ZARIF

    PERBINCANGAN MESTILAH MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT:

    I. BENTUK REAKSI PENDUDUK SABAH

    II. BENTUK REAKSI PENDUDUK SABAH

    III.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBEZAKAN REAKSI DI KEDUA-DUA NEGERI TERSEBUT

    IV. KESAN PENDIDIKAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SABAH DAN SARAWAK

    V. PERKARA-PERKARA LAIN PERLU DIAMBIL KIRA DALAM MENENTUKAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SABAH DAN SARAWAK.

    KULIAH JUMAAT 25/1/2008 KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

    Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )

    PENDAHULUAN

    Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

    A. Kesan politik

    Menyemarakkan semangat nasionalisme.kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British dikalangan orang Melayu yang anti British..

    Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.

    orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.

    kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah.

    membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu. Seperti KMM, PETA, KRIS

    B. Kesan Ekonomi

    sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali

    Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.

    rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.

    Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

    kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun.

    perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport

    perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun

    orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.


    C. Kesan sosial

    perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.

    permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.

    orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.

    tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.

    pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.

    Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun

    mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

    KESIMPULAN

    Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
    Tanah Melayu.Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga
    kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut
    kemerdekaan.

    Wednesday, January 16, 2008

    TEMA 1


    SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR

    TEMA 1 – BAHAGIAN A ( SEJARAH MALAYSIA )

    1. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campurtangan British di Tanah Melayu.

    2.Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

    3. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.

    4.Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

    5.Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

    6.Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

    7.Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak sehingga abad ke 20.

    8.Bincangkan golongan yang perintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah Melayu sebelum campurtangan British.

    9.Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauhmanakah pernyataan ini benar.

    10. Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di T. Melayu pada abad ke 19.






    TUGASAN KUMPULAN SETIAP MINGGU MULAI 21/1/2008



    TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

    KUMPULAN 1

    Bincangkan perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara antara tahun 1897 hingga 1909.

    KUMPULAN 2

    Bincangkan sebab-sebab British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu.

    KUMPULAN 3

    Pihak British telah memperkenalkan pembaharuan di Tanah Melayu pada tahun 1874 hingga 1930”. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan politik dan ekonomi yang telah mengakibatkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan

    KUMPULAN 4

    Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

    KUMPULAN 5

    Jelaskan situasi politik di negeri Pahang dan Perak yang menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British pada abad ke-19.

    KUMPULAN 6

    Bincangkan kesan sosioekonomi akibat kedatangan imigran pada abad ke 20

    KUMPULAN 7

    Halkan perkembangan dan kesan sistem pengangkutan keretapi dan jalan raya di Tanah Melayu sehingga sebelum Perang Dunia kedua.

    KUMPULAN 8

    Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

    KUMPULAN 9

    Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua

    SUKOSENSEI

    Perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu telah berkembang pesat selepas kedatangan British . Bincangkan kesan-kesan perkembangan bijih timah dan getah ke atas ekonomi Tanah Melayu.

    KULIAH HARI JUMAAT 11/1/ 2008

    N POLITIK YANG TERTENTU DAN BOLEH DIALIRKAN DARIPADA GOLONGAN ELIT KEPADA ORANG KEBANYAKAN”

    2. HANS KOHN

    “SATU KEADAAN FIKIRAN YANG MENYERAP MASUK KE DALAM JIWA SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT DAN MENGIKTIRAF NEGARA BANGSA SEBAGAI BENTUK ORGANISASI POLITIK YANG UNGGUL DAN BANGSA SEBAGAI PUNCA BAGI SEGALA KEHIDUPAN BUDAYA YANG MEMBINA DAN PUNCA KESEJAHTERAAN EKONOMI”

    3. . A.D. SMITH

    SEBAGAI SATU PERGERAKAN IDEOLOGI MENCAPAI DAN MEMERIHARA PEMERINTAHAN SENDIRI DAN KEMERDEKAAN BAGI SUATU GOLONGAN YANG SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA ANGGOTA ITU MELIHATNYA SEBAGAI SATU BANGSA YANG SEBENAR ATAU BAKAL BANGSA SEPERTI BANGSA-BANGSA LAIN JUGA”

    4. J.S. COLEMAN

    “PERASAAN-PERASAAN ,KEGIATAN DAN PERKEMBANGAN ORGANISASI YANG BERTUJUAN MENUJU KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DAN KEMERDEKAAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA BANGSA YANG WUJUD DENGAN TARAF SAMA RATA ATAU DALAM SATU SISTEM POLITIK ANTARABANGSA”

    5. NASIONALISME IALAH

    Satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri , menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa asing

    LATIHAN 1

    Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British
    di Tanah Melayu.

    Pengenalan

    Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.

    HANTAR PADA 21HB JANUARI 2008.....SUKOSENSEI